Wednesday, September 14, 2011

Jalan masih panjang

Oh Jalan masih panjang terbentang dihadapan

Tak hanya sekedar dunia

Lihatlah kedepan yang lalu biar berlalu

Jadikan pemicu kalbu

Reff:

Jalan hidup takkan pernah lurus

Pasti ada salah lewati segalanya

Tapi Tuhan tak pernah berhenti

Membuka jendela maaf untuk kita

-edcoustic-
Kembali...

Saya kembali, kembali dalam erti kata nekad, untuk berada di jalan ini. Ini bukan persoalan kenapa, mengapa, siapa yang menyebabkan saya kembali disini. Ini adalah jawapan yang saya kepalkan dalam bentuk tindakan terhadap persoalan, sampai bila saya mahu ditahap ini? Saya memohon kepada Allah, kepadaNyalah saya berserah. Dia yang Maha tahu segala isi hati dan tindak tanduk saya. Semoga Allah selalu memimpin saya dan tak meninggalkan saya sendiri dalam apa jua perkara. Kepada Allah juga saya memohon segala kebaikan dan kepadaNya saya minta dijauhkan segala kejahatan dan kelemahan.

Jalan Masih Panjang

Kehidupan menurut pandangan Islam bukanlah sekadar kehidupan di dunia yang sangat pendek dan terbatas, bukan pula sebatas umur manusia yang sangat pendek. Sesungguhnya kehidupan menurut pandangan Islam sangatlah panjang, berlanjut sampai tidak ada batasnya. Tempatnya pula berlanjut menuju tempat lain yang lain di dalam syurga yang luasnya seluas langit dan bumi atau didalam neraka (nauzubillah) yang semakin meluas kerana banyaknya generasi yang menghuni bumi selama berabad-abad.

Jalan panjang yang hanya bermodalkan modal umur yang tak seberapa yang bila-bila masa bakal hilang selamanya tanpa suara, bagaimanakah cara kita menjalaninya? Kalau bukan sekarang, bila lagi?. Sekarang bukan lagi masa kita merancang dan mengarang, sekarang adalah masa kita berstrategi dan bertindak. Masa untuk bergerak, masa untuk bersorak.

Jom semua, fastabiqul khoirot!!

Tuesday, April 19, 2011

Doaku

Mohon dengarkan Aku malam ini

Untuk ringankan langkah kaki dengarkanlah

Doaku semoga aku tak terlambat memberi yang terbaik dari hidupku

Semoga kau terima semua ibadahku

Masukkanlah diriku untuk kekal di Surgamu

Mohon pilihkan dari yang kupinta

Pilih yang terbaik untukku

Doaku….

Doaku semoga Aku tak terlambat

Memberi yang terbaik dari hidupku

Semoga Engkau terima semua ibadahku

Masukkanlah diriku untuk kekal di Surga-Mu

#doaku:Ali

Saturday, March 12, 2011

Bukuku bukumu

Minggu lepas, secara tidak sengaja saya terjumpa satu blog yang sangat menepati cita rasa saya. Sebelumnya, saya bercita-cita untuk mempunyai blog seperti itu, tak sangka ada yang sudah merealisasikan impian saya. Syok dan teruja dapat baca, ada rasa terharu juga sebab dia seolah mengetahui apa yang saya rasa. Jom baca :)

Buku dan Membaca

Jika ditanya apakah hobi saya, membaca merupakan hobi yang akan saya pilih berada di tempat pertama. Jika hendak di bandingkan dengan dulu, mungkin sekarang kuatiti juga kualiti membaca saya amat berkurang. Tapi itu tidak dapat menafikan betapa membaca merupakan perkara kegemaran saya, perkara yang sangat saya suka. Sealin membaca, pergi ke kedai buku juga merupakan hobi saya.

Friday, January 1, 2010

1 JANUARI 2010-change

Teringat membaca di blog seorang kawan..

"Me thinks breaking a habit is generally tougher than to create one"

Betul. Berubah lebih susah daripada membuat sesuatu yang baru. Tapi,walaupun susah,akanku hadapi!!! jika tidak berubah,sampai bila hendak begini??? Saya jadi teringat,sepanjang saya meniti hidup ini, perubahan demi perubahan berlaku pada diri dari pelbagai aspek kehidupan.Dan yang pasti,dalam sedar, tidak semua perubahan ini ke arah yang lebih baik.Dan ada satu masa,tiba-tiba sedar, "wah..this is NOT me anymore.I want ME" .Seriously. Tapi.."me" yang bagaimanakah yang saya ingin kan?setelah saya mendedahkan yang diri ini "keep on changing"???


HIDUP INI ADALAH TENTANG MEMBUAT PILIHAN, TETAPI YANG PASTI UNTUK MASUK SYURGA BUKAN LAGI TENTANG MEMBUAT PILIHAN,ITU SATU KEMESTIAN!!!!


Ya.Untuk berubah juga tidak lari dari daripada keupayaan kita untuk membuat pilihan.Perubahan dan pilihan adalah berkadar terus.Jika pilihan yang benar, Insya Allah perubahan ke arah yang lebih baik.Jika tidak...sebaliknya la jawabnya..
Saya mencari cari zaman kegemilangan saya selama hidup ini, yang paling jelas, Darjah 6 adalah zaman yang terbaik.Pelbagai aspek,bila dilihat dan dikaji, zaman inilah dimana saya sepenuhnya memaknai hidup ini.

Dan jika dikenang-kenang lagi.Masa yang,kalau boleh ingin diputar semula, adalah zaman sekolah menengah.Bukanlah tidak menarik.Tapi bila dikaji tentang sumbangan diri ini,sangat kurang dibandingkan dengan keupayaan yang saya miliki.Bukan hendak menyalahkan hormon, Tetapi konflik diri yang saya hadapi sepanjang zaman remaja ini memang merugikan diri.How i wish i can....... huhu


Sedar dan sedar lagi...Daripada seorang yang ceria,hiperaktif,kreatif dan inovatif..
(ada hyperbola disini) saya tiba-tiba menjadi seorang yang cool,tidak berdaya dan perahsia.Yes,I like being cool,don't get me wrong!!haha. Tapi tak semestinya apa yang saya suka itu baik bagi saya. I do admit that. Being cool(huhu,tak tau cmna nk terangkan 'cool" dalam BM) secara tidak lansung membantutkan hidup saya.Ya,saya jadi tidak mahu meng"express" kan diri,saya tidak lagi mengambil berat hal orang(Nota:bukan menyebok atau stalker),apa lagi untuk menyumbang.Peluang demi peluang dilepaskan begitu sahaja.Rugi-rugi.

Lagi.Ya.Hari ini.Saya memilih untuk berubah ke arah yang lebih baik di jalan yang Allah redhai,Insya Allah.Doakan.Inilah pilihan saya saat ini.Mungkin berjaya,mungkin saya hanya berkata dan mungkin juga saya masih di sini.Di titik ini(semoga tidak).Bukan sebab hari ni new year atau lima belas hari lepas Maal hijrah,bukan sebab ada apa-apa significant pada tarikh ini.Cuma saya mahu bertekad sekarang,dan bukan kebetulan,tapi sudah ketetapan ia berlaku pada hari ini. Saya percaya,saya mempunyai potensi yang lebih dari yang saya fikir saya ada.Cuma MAHU atau TIDAK saja dilema yang perlu dihadapi.WISH ME LUCK.

Akhirnya,SYURGA itu sesuatu yang pasti.Ya.saya sangat ingin masuk syurga.Tapi saya tahu untuk masuk syurga bukan mudah.Saya perlu jadi Hebat!! Ya..Sekaranglah masanya..masa mengejar syurga ALLAH...Insya Allah.YA ALLAH ENGKAU PERMUDAHKANLAH AKU UNTUK SENTIASA ISTIQAMAH DIJALAN MU INI...

Nikmatilah mutiara-mutiara berharga ini..


Thursday, December 31, 2009

semangat!!!!


the spirit!!!!



knowing our own potential




the courage!!!!


confidence

sacrifice

Friday, January 30, 2009

The Good Old Days

the Old Days- favourite one
 1.bila dapat adik baru...sgt best..tapi bila dah besar asyik rasa nak marah je.maaf ya adik2..love u all so much 

2.start masuk sekolah...best sebab tak pernah pergi tadika semua

 3.Dapat No 1..sekolah rendah je rasa.sekolah menengah cuma 1 kali.tu pun dalam kelas je..huhu

 4.Balik Langkawi +pergi taman +mandi laut...sgt2 best 

5.kelas fardhu ain Ustazah Siti Aminah..masuk sejak 6 tahun lagi 

6.cikgu Roslan Baharum..cikgu terbaik.. 

7.FAKSWA..rindu sangat 

8.Dapat basikal baru 

9.main rounders 

10.debu debu kota

11. pergi rombongan sekolah

12. Telefon berdering- suka angkat telefon terutama kalau kawan telefon:)

13.tolong ustaz kat bilik spbt

14.Chess+ kelab lalu lintas +PBSM

15.Buat kek-toksu mai ajar

16.ratah milo:)

17.ais krim malaysia

18.Minum air gas free pak Jo bagi sebelum puasa, beli air gas utuk buka puasa, pergi beraya rumah Pak Jo sebab nak minum air gas:)

19. Bihun sup mak cik gayah

20. Dragon ball

21. paling best antara semua- tengok cerita cina ^______^ ( green-green grass by the river, smoke around the house, this life this generation, for better or worse, snow, princess xin xue Ge Ge, snow, the good old days, 40 something )
really enjoy my old days:) rinduuuu~~

Thursday, January 29, 2009

Cara mempertingkatkan iman

Cara mempertingkatkan iman

jawapannya:

Terima kasih atas komen saudara. Bagi menjawab soalan ini sila beri perhatian kepada beberapa amalan atau tindakan yang boleh anda lakukan bagi menguatkan iman dan amalan keislaman kita semua.

Pertama: Lebih daripada sembahyang fardu lima kali sehari hendaklah anda melakukan sunat rawatib, 12 rakaat sehari yakni sunat yang mengiringi sembahyang fardu itu; dua rakaat sebelum sembahyang subuh dan empat rakaat sebelum sembahyang Zuhur dan dua rakaat selepas sembahyang Zuhur campur dua rakaat selepas sembahyang Maghrib campur dua rakaat selepas sembahyang Isyak.

Menurut keterangan hadis riwayat Muslim, sesiapa bersembahyang sunat 12 rakaat sehari semalam akan dibina baginya sebuah rumah di syurga.

Kedua: Sembahyang malam sekurang-kurangnya dua rakaat. Ini memberikan kelebihan dimakbulkan doa seseorang itu.

Ketiga: Sembahyang sunat Duha pada setiap pagi selepas naik matahari sama ada dua rakaat, empat rakaat atau lapan rakaat. Amalan ini memberikan erti dan makna setiap sendi manusia itu bersedekah pada hari itu. Dalam satu sabda Rasulullah s.a.w. pernah menyatakan maksud sabdanya: Setiap tasbih (subhanallah) itu sedekah, pujian (al-Hamdulillah) itu sedekah, tahlil (Lailahaillallah) itu sedekah, Takbir (Allahu Akbar) itu sedekah, amar makruf (menyuruh orang berbuat baik) itu sedekah, nahi munkar (melarang orang berbuat jahat) itu sedekah, dua rakaat sembahyang sunat Duha itu sedekah (riwayat Bukhari dan Muslim).

empat: Boleh juga dijadikan amalan tetap harian membaca surah al-Mulk, di mana surah yang mengandungi 30 ayat ini dapat memberikan syafaat kepada mereka yang membacanya

Kelima: Hadis yang jelas menyuruh kita membaca La ilaha illa Allah wahdahu la sharikalah,. Lahu l-Mulk wa lahu al- Hamd wa huwa 'ala kulli sha'in qadir, sebanyak 100 kali sehari akan diampunkan dosa-dosa ( riwayat Muslim).

Keenam: Sentiasa berselawat ke atas junjungan Rasulullah s.a.w. di mana sesiapa berselawat satu kali, Allah berselawat 10 kali kepadanya (memberkati dan menurunkan rahmat). Malah ada hadis yang menyebut, mereka yang paling kedekut adalah orang yang apabila disebut nama nabi s.a.w. dia bakhil untuk berselawat.

Ketujuh: Bertasbih dengan Subhanallah al-'Azim, subhanallah wa bi hamdihi juga 100 kali sehari diberikan ganjaran tanaman pohon tamar kepadanya di syurga nanti.

Kelapan: Beristighfar sebanyak mungkin pada setiap hari.

Ini semua merupakan amalan harian yang sepatutnya di amalkan oleh mereka yang ingin meningkatkan penghayatan Islam yang baik.

Kesembilan:Terdapat banyak lagi seruan dari Allah dan Rasul agar kita banyak membaca al-Quran, paling tidak beberapa ayat al-Quran dalam sehari. Bukan sahaja membaca tetapi memahami akan makna dan maksud tujuan ayat-ayat itu. Membaca al-Quran selain banyak mendatangkan kebaikan dan pahalanya ia mendatangkan ketenangan hati kepada para pembacanya.

Kesepuluh:

Bagi meningkatkan lagi hubungan manusia dengan Allah perlu di perbanyakkan berdoa pada masa-masa terluang, terutama selepas sembahyang atau di mana sahaja. Bagi memperelokkan agar doa diterima ikutlah adab-adab berdoa yang banyak ditulis dalam buku-buku agama.

DifahamiApa yang penting setiap doa dan zikir yang dibaca itu bukan hanya sekadar di bibir sahaja, tetapi harus difahami dan dihayati akan maksud-maksudnya. Saya percaya jika ini dapat dibuat masalah yang selalu menghimpit jiwa mereka yang sakit akan dirawati.

Kesebelas:Meskipun segala bacaan itu baik, namun untuk menguatkan lagi iman, kita dituntut bekerja, berusaha dan bercampur gaul dengan orang ramai. Tunjukkan akhlak dan contoh teladan yang baik, sehingga kita mampu menyayangi orang lain dan orang lain juga menyayangi kita. Justeru iman dalam Islam bukan hanya bersifat pasif tetapi aktif malah proaktif.

Keduabelas:Apa yang penting setiap daripada kita memahami banyak perkara yang nantinya akan dipersoalkan kepada kita pada hari kiamat kelak. Tidak ada orang yang tidak merasa bimbang dengan pertemuan di akhirat bersama Allah nanti. Justeru itu sekali lagi diingatkan agar semua orang menjauhi daripada perkara negatif seperti membenci, berdendam, mengutuk dan mengata apalagi melakukan maksiat seperti mencuri, membunuh, rasuah dan sebagaimana yang akan merosakkan iman dan mengurangkan kualiti keimanan kita.

Ketigabelas:Bagi mereka yang merasakan banyak lagi kekurangan daripada segi ilmu pengetahuan, bacalah buku-buku yang berguna. Kesilapan masyarakat kita adalah malas membaca bahan-bahan yang baik dan banyak tertumpu kepada hiburan yang mungkin hanya memberi hiburan segera tetapi pada jangka masa panjang merosakkan akal dan perasaan kita sendiri.

Keempat belas:Mereka yang ada kekuatan menghafal mereka digalakkan pula menghafal kalau pun tidak keseluruhan al-Quran, jika ada beberapa surah atau juzuk al-Quran, sudah semestinya memberikan kebaikan sama ada di dunia apalagi di akhirat.

AmalanBanyak lagi amalan yang boleh dilakukan bagi menguatkan keimanan. Tetapi setiap orang ada amalan yang lebih mudah untuk dirinya melakukannya. Ada orang senang berpuasa, tetapi ada mereka yang agak keberatan untuk berpuasa sunat. Pilihlah mana yang lebih ringan untuk dilakukan dan mempertingkatkan diri dari satu masa ke satu masa.

Keimanan tidak akan menghalang kita untuk bekerja atau mengambil rehat hatta untuk bercuti makan angin asalkan sahaja dapat mengisinya dengan perkara baik.

Suasana di pantai dan pengembaraan dalam hutan memberikan inspirasi yang banyak kepada mereka yang suka berfikir dan mempunyai perasaan yang halus. Bagaikan seorang seniman yang akan dapat menangkap segala perkara dijadikan bagi dijadikan ilham untuk mencipta puisi dan tulisan. Orang beriman akan mengukir semua kehidupan bagi tujuan berabdi diri kepada Allah s.w.t. dan menunaikan tugas sebagai khalifah Allah jua.

Akhirnya, saya ingin mengingatkan kita semua jangan merasa remeh perkara-perkarakebaikan yang dilakukan, walau pun ia kecil, mungkin ia bernilai besar di sisi Allah.Begitu juga jangan meremehkan dosa yang kita buat walau pun kecil pada diri kita, mungkin ia besar pada sisi Allah s.w.t. Wallahua'lam.

[di ambil dari soal jawab agama di utusan malaysia]

Mission Impossible but doable💪💪🤲🤲

13 days to go.. La Haula wala quwwata illa billah.