Wednesday, July 18, 2012

Tuesday, July 17, 2012

Bacteria




 I'm just fall in love with this creations nowadays:)))
Btw, from now on, i am in a phase of withdrawing myself from any updates from Facebook. Still, I'm not planning on deleting my Fb account yet, just need some times to reconsider or re- construction it. So, anything, do reach me on my cell phone or my e mail. :)


http://thoughtcatalog.com/2011/4-thing-to-consider-before-deleting-your-facebook/

Wednesday, July 11, 2012

Hari hari sudah pun berlalu

"Hari hari sudah pun berlalu, Usiamu makin bertambah"

21 Syaaban 1433H
My birthday in Islamic calender:)
HAPPY BIRTHDAY TO ME!!!
Hehe

Bukan mengenai birthday yang ingin saya tulis disini. Ya, usia hanyalah angka-angka dan yang lebih penting pengisian yang hadir menemani angka tersebut.  Pantas sungguh masa berlalu, terasa baru kemarin bertolak ke Banjar untuk posting pertama dan menyambut ulangtahun mengikut tahun Masihi pada minggu pertama, sekarang, sudah berakhir posting ke tiga dari Buahdua dan menyambut Ulangtahun mengikut kalender Hijri. Subhanallah. Apa saja yang sudah dilalui dalam 3 bulan ini? 

Ramadhan bakal tiba, dan tahun ini, saya mahu lebih serius menyambut bulan ini. Ramadhan ibarat tamu istimewa yang datang menjenguk saban tahun, dan tidak salah jika kita juga mempersiapkan persiapan yang lebih istimewa. Jadi terpana saya saat membaca tajuk fenomena Ramadhan dari buku " Ramadhankan Hidupmu" Karya Dr Aidh Al Qarni yang menyebut, 

"Banyak orang yang hanya mengingat Allah di bulan Ramadhan. Mereka berbuat kejahatan, bermaksiat, berpaling dan membangkang ajaran Allah selama sebelas bulan. ketika bulan suci Ramadhan datang , baru mereka bergegas menuju ke masjid, memohon dengan kusyuk dan merendahkan diri seolah-olah mereka hendak menipu Allah. 

Bukankah pemilik Ramadhan juga pemilik bulan Syawal dan Syaaban? Bukankah Tuhan yang mengetahui rahsia di Bulan Ramadhan juga mengetahui segala yang disembunyikan pada bulan lain? Jika bulan Ramadhan berakhir dan mereka mengenakan pakaian hari raya, mereka menjauh dan memutuskan hubungan dengan Allah. Mereka kembali bersikap seperti semula"

Jadi malu. Malu pada Dia Yang Maha Tahu segala tingkah dan laku. Malu pada Dia yang Maha Tahu segala Isi hati dan fikiran sama ada di zahirkan atau tidak. Malu saja tak cukup, harus di buktikan dengan perbuatan. Ramadhan kali ini, saya kira sangat besar erti dalam diri. Ramadhan terakhir disambut di bumi Indonesia, bumi dimana pelbagai perkara dan peluang yang boleh dilakukan untuk memperbanyakkan amal di bulan Ramadhan. Ramadhan kali ini juga merupakan Ramadhan terakhir saya sebagai seorang mahasiswa . Dan mungkin juga Ramadhan kali ini merupakan Ramadhan terakhir saya? T_T

Apapun, pada saya tidak salah berlebih lebih beribadat di Bulan Ramadhan berbanding bulan lain. Sedangkan Rasulullah pun melipatgandakan ibadah di bulan ini terutama 10 terakhir. Cuma, kita semua kena ingat, kita beribadah bukan kerana Ramadhan, tapi kerana Tuhan yang menghadiahkan kita bulan Ramadhan. Dan tak dapat nafi, beribadah di bulan Ramadhan terasa lebih nikmat kerana hampir semua orang memperbanyakkan ibadah di banding bulan lain, sekaligus, motivasi meningkat. Yang penting disini apapun, Kita menyembah Allah, bukan menyembah Ramadhan. Dan tahun ini , harus memastikan momentum Ramadhan berkekalan sehingga Bulan-bulan selepasnya. Tak boleh semoga-semoga lagi.. harus jadi!!! (tu yang kena tulis , for future reference !!!)

Berbicara mengenai masa yang pantas berlalu, hampir 3 bulan lebih lagi, saya akan meninggalkan bumi ini setelah hampir 6 tahun bermastautin disini, hampir 12 minggu juga bakal menamatkan magang . Lama. Tapi saat ia berlalu, terasa baru kelmarin melewati semua itu. Pelbagai perkara mengisi ruang fikir. Kalau difikir-fikir, banyak benda kalau boleh....... tapi tiada istilah 'kalau' yang boleh diakui. Banyak juga memori-memori indah yang takkan terlupakan. Nikmat yang melimpah-limpah yang harus disyukuri. Pengalaman yang tidak mungkin boleh dibeli dengan wang ringgit. Dan tidak lupa perkara-perkara yang menyakitkan, dan semua itu semoga menjadi pengajaran dan sumber kekuatan untuk masa depan.  

till then..








:)

Saturday, July 7, 2012

Cinta tak harus selalu memiliki

"bosan aku dengan penat, enyah saja kau pekat"


Suka
Puisi yang cantik boleh menyampaikan seluruh maksud dalam bahasa yang indah dan singkat. 
teringin
Ada bakat menulis yang sampai maksud dalam bentuk tersirat.


hmm..whatever , need lots of training, at it should begin with a small step
sikit sikit lama-lama jadi bukit:)


Macam-macam nak cerita tapi malas nak taip. Macam-macam rasa tapi tak nak cerita. Macam-macam fikir tapi masih belum ada solusi..Macam-macam:)


hmm.."aku ingin bingar,aku mau di pasar!!"


Tiba-tiba teringat bahagian kecil dari novel Faisal Tehrani,1515 tentang cinta tak harus memiliki. Cinta boleh jadi sehala. Bukan perkara utama yang dibawa novel tersebut,tetapi bahagian kecil ini tetap luar biasa istimewa kesannya. Tak ada apa-apa, tapi lebih kepada ,ya kita hidup memberi apa adanya, tanpa harap balasan, tanpa kira siapa-siapa. Dan kebaikan itu bukan kepunyaan kita, dan bagaimana mengurus cinta, kita tidak memiliki melainkan memberi dan memberi. Sungguh cinta yang mengharukan. Cinta yang letak pada tempatnya.


Tiba-tiba teringat resort dekat Tasik banding, dekat Grik , Perak. Tempat kami satu keluarga selalu bermalam kalau lalu lebuhraya timur barat. One of my favourite place in the whole world. Macam dejavu pulak. Tiba-tiba sangat teringin nak pergi sana. Tempat paling tenang dan sangat damai. Udara sangat nyaman, sunyi, sendiri.Apalagi kalau time bulan mengambang. Priceless. Makan nasi goreng. Kalau boleh macam nak stay je dekat sana , macam cerita the lotus eater..hehehe..




Thursday, May 24, 2012

one step at a time

Apa yang dapat saya simpulkan, Magang adalah suatu proses transisi daripada seorang medical student kepada dokter. Dimagang, bukan lagi masa disuruh-suruh untuk membuat itu dan ini melainkan harus aktif dan 'jeli' dalam meningkatkat skill dan art of diagnosis dan terapi yang baik, cepat dan benar yang mana sangat diperlukan untuk menjadi seorang dokter .

Daan saat ini saya merasakan diri ini bergelut dalam pelbagai perkara dan semuanya terasa tidak kena. . Pegang yang ini, teringat yang itu, baca yang ini, belum habis,  banyak lagi perkara ter'list ' di minda yang menuntut perhatian yang sama walaupun tahu tidak mampu untuk menyelesaikan semua dalam satu masa.hmmm

"dengan mengingati Allah, hati-hati akan menjadi tenang"

Semoga ini menjadi pengubat luka,penawar lara, penghapus gelisah, pelerai gelora. AMIN ya robb.

Take it easy, one step at a time:)

Sunday, May 6, 2012

April,magang and me


April 2012 berlalu meninggalkan berbagai kenangan tidak dapat dilupakan  sepanjang hidup. Boleh juga kata,this is one of the most eventful April in my life . Secara peribadi, saya tidak mahu April kali ini cepat melangkah pergi. Saya rasa mahu lebih masa untuk diri. Tapi masa tidak dapat berhenti melainkan saya yang harus bergerak. How the time flies:(

4 April 2012
Tanggal di katakan lulus ujian akhir pengajian perubatan kira-kira 5.5 tahun. Bukan sesuatu untuk dibanggakan melaikan sesuatu yang saya sangat syukuri. It not easy and never been easy. And after all its not a destination, but i am still on my journey. It just an exit to a new entry. New big entry that i can't expect more, without the guidance from Allah. Bila difikir-fikir, saya yang memilih jalan ini, tapi pada masa yang sama masih ragu untuk terus bertahan. Semoga dapat kuat!!!!

aku lemah, tanpaMu aku lelah, aku sungguh tak berdaya. Tolongku tolongku Ya Allah.

5 April- 19 April 2012
Best "longer vacation ever" :)

19 April
Pembekalan Magang and Hari kelahiran putra sulung Khalis dan mimi,  Thalhah Zharif bin Muhammad Khalis. Such a lovely and handsome baby:)

21 April 2012
(Meet the Interns) Makan-makan dengan adik-adik dan kawan-kawan IMAN. Sangat terharu dengan adik-adik yang sanggup datang dari Jatinangor untuk raikan kami.Adik-adik koass yang penat-penat pun sanggup join dan masak-masak. terharu. Keluarga IMAN ini, tanpa sedar dah jadi suatu keluarga yang diluar dugaan saya saat awal-awal saya sertai dulu. Sangat mendidik. Tapi, rasa sedih juga nak meninggalkan keluarga ini, tambahan pula, memang tak banyak sumbang apa-apa. Kalau dapat patah balik.. tapi tak boleh kan.... Wishing all of you best of luck.. semoga Allah redha dan kuat kan kita untuk terus bekerja dan beristiqamah di jalan ini. Pertama kali juga jumpa baby thalhah:)))


22 April
Berangkat ke Banjar jam 6 pagi.Banjar; 4-5 jam dari Bandung, 8 km dari jawa tengah. Tempat yang aman dan permai:). Lebih kurang macam Perlis jugak la. Akan berada di sini selama 2 bulan.  Pertama kali pergi pangandaran :). Not to forget, first Anniversary of Yah n Naqi plus the little cutie.. May Allah bless and take good care of them till Jannah:)

23 April
Hari pertama bergelar Dokter magang. Stase pertama Bedah. I like it here. Santai, informatif, praktis. Apa yang sangat diharapkan adalah dapat buat dan dapat ambil peluang yang terbaik. Perkara yang paling best tentang magang adalah tak ada exam:)..huhu..  Sangat best bila kita belajar sebab kita memang nak tahu, bukan sebab exam. 

Definasi Dokter Magang:
1.Dokter Muda yang sudah lulus , tetapi harus berkerja di daerah sebelum disumpah ( doctor oath)- (ibu S)
2.Dokter Muda yang mahu bekerja tetapi belum bisa kerja - (dr H, SpB)
Kak Aimi's words
krie dearie...sory lmbt respond..dari aritu nk reply, tp asyik lupe je..alhamdulillah da magang skrg..sikiiiiit je lagi perjalanan nk mendapatkan dokter tu.hmm...tips magang?just nak share..kene pandai2 bwk diri,kene pandai2 adjust dgn new friends & new environment.kene pandai2 carik peluang utk tambah pengalaman..honestly,sgt sikit org yg btol2 pandai gunakan waktu magang ni sebaik2nya.plus, magang ni bergantung jugak siapa kwn2 grup kte & dpt hospital mana.i consider myself lucky sbb dpt hospital yg best2 & kwn2 yg baik2..kat sane xde sape nk monitor kite,xde sape nk ajar, nk suruh buat itu ini.so kalau malas,mmg akan rasa magang ni buang masa,buang duit je n xdpt apa2...yg ptg by d end of d day, logbook penuh & cop sane sini.hihi.

asah la communication & clinical skills.pasang la IV line byk2,conduct delivery,amik blood,psg catheter,jahit episiotomy etc.nanti time houseman senang sket.hehe..

apapun,just enjoy ur magang life..biarla apa yg kita buat tu bermanfaat utk diri sendiri & org lain.ada lg 6 bulan utk kumpul pengalaman kat negara org.lepas ni blk malaysia, lain lagi ceritanya..
she's really my great adviser;))

26 April
Majlis pernikahan Nur dan Syakir . She looks very beautiful indeed and he look nervous..haha.. Sebenarnya rasa sangat excited tapi at the same time rasa sangat sedih tak tau pasal apa. Speechless jugak tak tau nak kata apa dan tak tau jugak nak cakap kat siapa. Macam biasa, lagging. Dengar abang baca khutbah nikah best. terharu tengok Abah sendiri angkat nikah. Syakir nervous. Nur duduk sebelah mak, tak tau la apa dia rasa masa tu. Sedih ja cuma dapat tengok video sambil chatting dengan adik beradik lain. The thing is, it will never be the same after this, but life must go On. Semoga Bahagia dan diredhai Allah sampai syurga:).

27 April 2012
Birthday Nisah 

28-29 April 2012
Pergi pangandaran lagi. Jumpa Amy's group. Pantai memang tempat yang best, tapi boleh juga jadi tempat yang beberapa benda tak sepatutnya buat tapi terbuat..hmm,tak boleh gelak(huhu) sebab memang fatal. Malu jugak, dalam upaya kita menjaga dan menjaga, masih tersalah langkah jugak. Jadi takut. Patut lebih keras dan kuat lain kali. NO MORE,promise. Teringat waktu borak-borak dengan Dr D kemarin, dia kata dalam hidup ini yang penting jangan mengikut arus. Kita perlu bertahan dengan akar yang kuat. Maksudnya harus ada pendirian. Memang betul pun.

Surprise earlier birthday cakes dari kawan-kawan Banjar,Ciamis and Tasik. Thank You semua:).

30 April
26th birthday for me and my birthdaymate, yah:). Happy birthday to us. Thanks for all the wishes and prayers and yang paling best adalah diingati oleh orang-orang yang dekat dihati.:). I miss the past where we used to remember others birthday without FB reminder. Apa pun, umur dah meningkat tapi adakah diiringi dengan amal? Hope sangat lebih baik dan Allah jaga dan pelihara idup ini.

Kebelakangan ini, banyak sangat masa lapang, jadi banyak juga masa saya guna untuk fikir macam-macam perkara terutama macammana nak mengisi masa-masa luang yang percuma tidak buat apa-apa. Kadang-kadang rasa guilty dengan hidup yang kadang-kadang rasa kosong tak berisi. Tapi still tak tahu nak buat apa yang berguna. I need to be another person from i am now. Haha, tahu je mengadu dekat sini pun takkan jadi apa-apa kalau tak bertindak. :P Oklah..bye. Hope sangat jalan-jalan yang akan dilalui lepas ni lancar. Kalau tak lancar pun moga Allah pelihara dan berkati untuk bangun dan bangun lagi. Berdoa untuk jadi lebih baik dari semalam. lebih adil kepada diri dan orang lain.




Mission Impossible but doable💪💪🤲🤲

13 days to go.. La Haula wala quwwata illa billah.