Skip to main content

Posts

Showing posts from January, 2013

#copypaste

copy this from my fav blogger liyana :) sesekali ketika dalam perjalanan untuk ke lab yang mengambil masa sejam setengah aku akan penuhi dengan menikmati (memandang kosong) pemandangan di luar tingkap sambil berfikir. kadang-kadang itu aku rasa, baru terjentik dengan ujian sedikit sudah merasakan seperti ia merupakan  ujian tsunami. padahal bukan apa-apa pun lagi aku tersedar ini bila ex-murabbi sms berbunyi, "selalu-selalu lah tadabbur sirah nabawiyah dan kisah sahabat yang berjuang bermati-matian pertahankan fikrah, jadikan mereka sebagai penguat semangat kerana kita nak jumpa mereka." bermati-matian katanya. aku terfikir, ujian yang kita hadapi sekarang bukan apa-apa kalau nak dibandingkan dengan mereka terdahulu, tak kena pukul atau kena baling batu pun, tapi kita dah sedih melebih-lebih. atau marah berlebih-lebih. tapi, nak jumpa mereka. malu kot kalau nak cerita pada mereka ujian kita sekarang sebab macam semut je. (itu pun kalau layak nak bertemu mer

Reminder

Menakluk Hati -Ustazah Nor Hafizah Peribadi 1. Aqidah yang soheh dan mantap 2. Hati yang tenang dengan zikrullah 3. Mantap dengan Mujahadatun Nafs 4. Suci dengan istighfar dan taubat 5. Bersinar hatinya dengan ilmu Cara 1. Berdoa 2. Budi Perkerti yang baik 3. Jaga Kebajikan Hadith Rasulullah s.a.w " Apakah kamu mahu agar hatimu lembut dan hajatmu dikabulkan Allah?" " Diantara caranya, kasihanilah anak yatim,usaplah kepalanya dan berilah makan daripada makanan yang kamu makan , nescaya hatimu akan menjadi lembut dan keperluanmu terpenuhi" 4. Perhatian dan kasih sayang yang diberikan 5. Menjaga pandangan, pendengaran dan deria-deria yang lain ;)

Teladan Safa dan Marwah

Setiap kali mendengar cerita ini, setiap kali itu juga hati diketuk rasa... Kisah Hajar dan Nabi Ismail a.s yang saat itu masih bayi ditinggal nabi Ibrahim a.s  ditengah-tengah padang pasir yang panas terik, tiada air, tiada orang. Di sinilah ucapan Hajar yang masyhur. Kepada siapa kamu serahkan kami, adakah Allah yang perintahkan kamu demikian itu? Lantas jawab Ibrahim: Ya. Dengan penuh yakin. Isteri solehah berkata: Kalau begitu Allah s.w.t tidak akan mengabaikan kami. Justeru ia terkaya dengan khalik daripada makhluk. Nabi Ibrahim berserah diri kepada perintah Tuhannya dan sabar menanggung perpisahan dari istri dan anaknya. Kemudian ia berpaling ke arah mana mereka berada dan berdoa bagi mereka : 'Ya Tuhan kami, sesungguhnya aku telah menempatkan sebahagian keturunanku di lembah yang tidak mempunyai tanam-tanaman di dekat rumah Engkau (Baitullah) yang dihormati, ya Tuhan kami (yang demikian itu) agar mereka mendirikan shalat, maka jadikanlah hati sebagian manusia cenderun

Farewell 2012, Hello 2013

Apa yang anda dapat pelajari selama 4 tahun berada di Indonesia? Soalan ini diajukan dalam rangka menyiapkan majalah batch oleh pihak redaksi majalah. Sebelum menjawab, saya mengambil masa beberapa ketika untuk menilik dan melihat kembali sedikit sebanyak hidup saya di bumi Indonesia ini. "Belajar menjadi seorang yang sabar" Inilah jawapan yang akhirnya muncul dalam fikiran saya . Sabar, ternyata ia  memerlukan praktik daripada kata-kata. Dan sabar itu tidak datang percuma, tetapi hikmahnya tiada tara. Begitu saya menyimpulkan. Terima Kasih Indonesia, kerana mengajar saya menghadapi hidup yang mencabar. 2012 Tahun yang tidak mungkin saya lupakan setelah tahun saya dilahirkan. Ibaratnya, tahun ini saya dilahirkan semula. Yang mana menjadi seorang dokter akan menjadi laluan hidup saya selepas ini. Bukan mudah untuk saya mencapai tingkat ini, tapi berkat doa semua dan ketentuan Allah, ini berlaku. Pernah saya katakan, laluan ini, bukanlah sesuatu yang saya