Setiap kali mendengar cerita ini, setiap kali itu juga hati diketuk rasa...
Kisah Hajar dan Nabi Ismail a.s yang saat itu masih bayi ditinggal nabi Ibrahim a.s ditengah-tengah padang pasir yang panas terik, tiada air, tiada orang.
Di sinilah ucapan Hajar yang masyhur. Kepada siapa kamu serahkan kami, adakah Allah yang perintahkan kamu demikian itu? Lantas jawab Ibrahim: Ya. Dengan penuh yakin. Isteri solehah berkata: Kalau begitu Allah s.w.t tidak akan mengabaikan kami. Justeru ia terkaya dengan khalik daripada makhluk.
Nabi Ibrahim berserah diri kepada perintah Tuhannya dan sabar menanggung perpisahan dari istri dan anaknya. Kemudian ia berpaling ke arah mana mereka berada dan berdoa bagi mereka :
'Ya Tuhan kami, sesungguhnya aku telah menempatkan sebahagian keturunanku di lembah yang tidak mempunyai tanam-tanaman di dekat rumah Engkau (Baitullah) yang dihormati, ya Tuhan kami (yang demikian itu) agar mereka mendirikan shalat, maka jadikanlah hati sebagian manusia cenderung kepada mereka dan beri rezkilah mereka dari buah-buahan, mudah-mudahan mereka bersyukur.'[Qur'an, Ibrahim 14:37]
" Jahat ka Nabi Ibrahim? sanggup tinggal anak dan isteri di tempat yang jauh, tak ada air, panas? " tanya mak pada hati-hati adik-adik kecil ini
"Tak, Nabi Ibrahim tak jahat, dia tinggal sebab Allah suruh?" kata adik Aiman.
"Jadi, adakah Allah itu jahat?" tanya mak lagi, cuba menguji
" Dak, Allah tak jahat, Dia Maha Tahu apa yang dia buat" jawab adik Syafikah pula...
Hati-hati ini mendengar cerita yang cuba ditanam mak dengan penuh teliti.
" Ha! betul tu!.. Allah Maha Mengetahui apa yang dia lakukan. Allah Maha berkuasa atas setiap sesuatu. Nabi Ibrahim tinggalkan anak dan isteri dibawah jagaan Allah, jadi dia tak akan persiakan pergantungan hambanya"
Kemudian, setelah ditinggal Nabi Ibrahim, tidak lama kemudian, Nabi Ismail menangis teresak-esak minta disusui. Hajar bingung. Bagaimana dia mahu menyusui Ismail sedangkan susunya dibadannya kering, bekalan air yang dibekalkan Nabi Ibrahim sudah habis. Tangisan Ismail yang semakin kuat menggetarkan hati Hajar. Dimanakah aku boleh mencari air di tengah padang pasir yang kering kontang ini? Diam-diam, Hajr berdoa dalam hati meminta pertolongan Allah.
Hajar meninggalkan Ismail yang menangis lantang itu, berlari-lari anak ke permukaan yang lebih tinggi untuk melihat-lihat sumber air. Tidak ada! Maka Hajar berlari lagi ke arah permukaan tinggi yang lain, masih juga tidak ada. Maka berulang alik lah Hajar diantara kedua bukit kecil yang berjarak kira-kira 500 meter itu sebanyak 7 kali. Tetap juga tidak di jumpai. Kedua bukit kecil itu kemudiannya dikenali sebagai Bukit Safa dan Bukit Marwah.
Maka kembalilah Hajar ke sisi anakandannya Ismail yang masih teresak esak. Hajar berasa sayu, dicampur haus dan penat. Hajar berdoa terus-terusan didalam hati. Habis segala ikhtiar cuba dilakukan. Badannya letih. Rasa dahaga. Anaknya menangis tersedu sedu. Rasa hiba menyerbu...
Ismail terus meronta-ronta sambil menangis. Kakinya diketuk-ketuk ke pasir. Tiba-tiba, dengan kuasa Allah, memancarlah air dari tempat Ismail mengetuk kakinya. Air memancut deras. Mata air itu kemudian bernama Zamzam, dan menjadi sumber air yang mengalir tidak henti-henti dan dijanjikan tidak akan berheti sehingga hari kiamat.
Peristiwa ini diaabdikan saat umat islam mengerjakan ibadah umrah atau haji di Makkah.
"Nampak tak semua, Hajar dalam usaha nak mencari air,kena berlari dari satu bukit ke satu bukit yang lain , 7 kali, jarak dia lebih kurang 3.5 kilometer, baru Allah bagi bantuan dengan keluarnya mata air zam-zam. Kenapa macam tu ? kalau Allah nak bagi terus saja air kat Hajar boleh tak? Tanya mak pada adik-adik kelas belajar kami..
"Boleh" jawab nadhirah...
"Betul, Allah kan Maha Berkuasa, setakat nak bai air saja, tiada masalah bagi Allah. Tapi kenapa Allah nak tunggu Hajar berlari 3.5 km dulu baru dia bagi pertolongan? Ini menunjukkan untuk dapat sesuatu kita kena....? " uji mak
"berusaha?" jawab Irfan
"Berlari?" tanya haikal
"Bersusah payah?" Syafikah mencuba...
"Ya, untuk dapat sesuatu itu, harus bersusah payah dulu. Harus ada usaha. " jawab mak
sambil menyambung cerita lagi.
Adakah masih ada cerita lain yang lebih baik daripada cerita didalam Al Quraan?
Jom tadabbur!
p/s: Few of the kids used to call me Kak Fatimah instead of Kak Imah ,hehe, i think i like it! :)

Ibadah Sa’i ini terdapat dalam Al-Quran Surah Al-Baqarah ayat 158:
إِنَّ الصَّفَا وَالْمَرْوَةَ مِنْ شَعَائِرِ اللَّهِ فَمَنْ حَجَّ الْبَيْتَ أَوِ اعْتَمَرَ فَلا جُنَاحَ عَلَيْهِ أَنْ يَطَّوَّفَ بِهِمَا وَمَنْ تَطَوَّعَ خَيْرًا فَإِنَّ اللَّهَ شَاكِرٌ عَلِيمٌ
Sesungguhnya Safa dan Marwah adalah sebahagian dari syi`ar Allah. Maka barang siapa yang beribadah haji ke Baitullah atau ber-`umrah, maka tidak ada dosa baginya mengerjakan sai antara keduanya. Dan barang siapa yang mengerjakan suatu kebajikan dengan kerelaan hati, maka sesungguhnya Allah Maha Mensyukuri kebaikan lagi Maha Mengetahui.

Comments