Skip to main content

Posts

Showing posts from March, 2011

Bukuku bukumu

Minggu lepas, secara tidak sengaja saya terjumpa satu blog yang sangat menepati cita rasa saya. Sebelumnya, saya bercita-cita untuk mempunyai blog seperti itu, tak sangka ada yang sudah merealisasikan impian saya. Syok dan teruja dapat baca, ada rasa terharu juga sebab dia seolah mengetahui apa yang saya rasa. Jom baca :) Buku dan Membaca Jika ditanya apakah hobi saya, membaca merupakan hobi yang akan saya pilih berada di tempat pertama. Jika hendak di bandingkan dengan dulu, mungkin sekarang kuatiti juga kualiti membaca saya amat berkurang. Tapi itu tidak dapat menafikan betapa membaca merupakan perkara kegemaran saya, perkara yang sangat saya suka. Sealin membaca, pergi ke kedai buku juga merupakan hobi saya.