Sunday, September 25, 2011
PERCAYA DAN BERJAYA
Dalam kehidupan kita ini ada sesuatu yang lebih susah dari susah iaitu BERUBAH
Sehingga ada yang lebih selesa untuk hidup susah, berbanding mengambil tindakan untuk berubah.
PERCAYA setelah melihat sesuatu itu tidak ada apa-apa nilai yang signifikan.Tetapi yang hebat adalah percaya sebelum melihat sesuatu dan mereka bekerja untuk melihat apa yang mereka percaya.
Saya kira soal melaksanakan perubahan bukanlah suatu pilihan melainkan suatu KEMESTIAN.
Cukup sekadar saya katakan bahawa, Insha Allah di akhir perjalanan kita adalah di syurga Allah swt. Siapakah yang akan kita jumpa di syurga?. Kita akan berjumpa Nabi Muhammad saw, Abu Bakar, Uthman, Ali, Nabi Ibrahim, Fatimah, Khadijah. Siapakah mereka itu? Mereka itu adalah orang-orang yang hebat. Syurga itu hanya menerima orang -orang yang hebat untuk menyertainya. Dan kalau sekiranya kita tidak hebat, apakah pilihan yang kita ada? Kalau tidak berjaya masuk ke syurga jangan pula difikirkan nak cari kayu ke buat syurga setinggan. Tak layak ke syurga, ke nerakalah pilihan yang kedua. MAKA KITA TIDAK ADA PILIHAN MELAINKAN KITA MESTILAH MENJADI MANUSIA YANG HEBAT.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
2023-My new year start now
011222 Day 1 of life Bismillahirrohmanirrohim Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani Pada-Mu aku berserah dan bergantung ...

-
Sejak kemarin sahabat saya F, asyik kata saya " lucky" ( Nasib baik di sini: tak kantoi kalau terlambat datang) . Katanya dah la...
-
2020 - The year that i am looking for since i was child. I still remember back then ..wawasan 2020 song keep on hitting my ears. It such...
No comments:
Post a Comment