Sunday, May 6, 2012

April,magang and me


April 2012 berlalu meninggalkan berbagai kenangan tidak dapat dilupakan  sepanjang hidup. Boleh juga kata,this is one of the most eventful April in my life . Secara peribadi, saya tidak mahu April kali ini cepat melangkah pergi. Saya rasa mahu lebih masa untuk diri. Tapi masa tidak dapat berhenti melainkan saya yang harus bergerak. How the time flies:(

4 April 2012
Tanggal di katakan lulus ujian akhir pengajian perubatan kira-kira 5.5 tahun. Bukan sesuatu untuk dibanggakan melaikan sesuatu yang saya sangat syukuri. It not easy and never been easy. And after all its not a destination, but i am still on my journey. It just an exit to a new entry. New big entry that i can't expect more, without the guidance from Allah. Bila difikir-fikir, saya yang memilih jalan ini, tapi pada masa yang sama masih ragu untuk terus bertahan. Semoga dapat kuat!!!!

aku lemah, tanpaMu aku lelah, aku sungguh tak berdaya. Tolongku tolongku Ya Allah.

5 April- 19 April 2012
Best "longer vacation ever" :)

19 April
Pembekalan Magang and Hari kelahiran putra sulung Khalis dan mimi,  Thalhah Zharif bin Muhammad Khalis. Such a lovely and handsome baby:)

21 April 2012
(Meet the Interns) Makan-makan dengan adik-adik dan kawan-kawan IMAN. Sangat terharu dengan adik-adik yang sanggup datang dari Jatinangor untuk raikan kami.Adik-adik koass yang penat-penat pun sanggup join dan masak-masak. terharu. Keluarga IMAN ini, tanpa sedar dah jadi suatu keluarga yang diluar dugaan saya saat awal-awal saya sertai dulu. Sangat mendidik. Tapi, rasa sedih juga nak meninggalkan keluarga ini, tambahan pula, memang tak banyak sumbang apa-apa. Kalau dapat patah balik.. tapi tak boleh kan.... Wishing all of you best of luck.. semoga Allah redha dan kuat kan kita untuk terus bekerja dan beristiqamah di jalan ini. Pertama kali juga jumpa baby thalhah:)))


22 April
Berangkat ke Banjar jam 6 pagi.Banjar; 4-5 jam dari Bandung, 8 km dari jawa tengah. Tempat yang aman dan permai:). Lebih kurang macam Perlis jugak la. Akan berada di sini selama 2 bulan.  Pertama kali pergi pangandaran :). Not to forget, first Anniversary of Yah n Naqi plus the little cutie.. May Allah bless and take good care of them till Jannah:)

23 April
Hari pertama bergelar Dokter magang. Stase pertama Bedah. I like it here. Santai, informatif, praktis. Apa yang sangat diharapkan adalah dapat buat dan dapat ambil peluang yang terbaik. Perkara yang paling best tentang magang adalah tak ada exam:)..huhu..  Sangat best bila kita belajar sebab kita memang nak tahu, bukan sebab exam. 

Definasi Dokter Magang:
1.Dokter Muda yang sudah lulus , tetapi harus berkerja di daerah sebelum disumpah ( doctor oath)- (ibu S)
2.Dokter Muda yang mahu bekerja tetapi belum bisa kerja - (dr H, SpB)
Kak Aimi's words
krie dearie...sory lmbt respond..dari aritu nk reply, tp asyik lupe je..alhamdulillah da magang skrg..sikiiiiit je lagi perjalanan nk mendapatkan dokter tu.hmm...tips magang?just nak share..kene pandai2 bwk diri,kene pandai2 adjust dgn new friends & new environment.kene pandai2 carik peluang utk tambah pengalaman..honestly,sgt sikit org yg btol2 pandai gunakan waktu magang ni sebaik2nya.plus, magang ni bergantung jugak siapa kwn2 grup kte & dpt hospital mana.i consider myself lucky sbb dpt hospital yg best2 & kwn2 yg baik2..kat sane xde sape nk monitor kite,xde sape nk ajar, nk suruh buat itu ini.so kalau malas,mmg akan rasa magang ni buang masa,buang duit je n xdpt apa2...yg ptg by d end of d day, logbook penuh & cop sane sini.hihi.

asah la communication & clinical skills.pasang la IV line byk2,conduct delivery,amik blood,psg catheter,jahit episiotomy etc.nanti time houseman senang sket.hehe..

apapun,just enjoy ur magang life..biarla apa yg kita buat tu bermanfaat utk diri sendiri & org lain.ada lg 6 bulan utk kumpul pengalaman kat negara org.lepas ni blk malaysia, lain lagi ceritanya..
she's really my great adviser;))

26 April
Majlis pernikahan Nur dan Syakir . She looks very beautiful indeed and he look nervous..haha.. Sebenarnya rasa sangat excited tapi at the same time rasa sangat sedih tak tau pasal apa. Speechless jugak tak tau nak kata apa dan tak tau jugak nak cakap kat siapa. Macam biasa, lagging. Dengar abang baca khutbah nikah best. terharu tengok Abah sendiri angkat nikah. Syakir nervous. Nur duduk sebelah mak, tak tau la apa dia rasa masa tu. Sedih ja cuma dapat tengok video sambil chatting dengan adik beradik lain. The thing is, it will never be the same after this, but life must go On. Semoga Bahagia dan diredhai Allah sampai syurga:).

27 April 2012
Birthday Nisah 

28-29 April 2012
Pergi pangandaran lagi. Jumpa Amy's group. Pantai memang tempat yang best, tapi boleh juga jadi tempat yang beberapa benda tak sepatutnya buat tapi terbuat..hmm,tak boleh gelak(huhu) sebab memang fatal. Malu jugak, dalam upaya kita menjaga dan menjaga, masih tersalah langkah jugak. Jadi takut. Patut lebih keras dan kuat lain kali. NO MORE,promise. Teringat waktu borak-borak dengan Dr D kemarin, dia kata dalam hidup ini yang penting jangan mengikut arus. Kita perlu bertahan dengan akar yang kuat. Maksudnya harus ada pendirian. Memang betul pun.

Surprise earlier birthday cakes dari kawan-kawan Banjar,Ciamis and Tasik. Thank You semua:).

30 April
26th birthday for me and my birthdaymate, yah:). Happy birthday to us. Thanks for all the wishes and prayers and yang paling best adalah diingati oleh orang-orang yang dekat dihati.:). I miss the past where we used to remember others birthday without FB reminder. Apa pun, umur dah meningkat tapi adakah diiringi dengan amal? Hope sangat lebih baik dan Allah jaga dan pelihara idup ini.

Kebelakangan ini, banyak sangat masa lapang, jadi banyak juga masa saya guna untuk fikir macam-macam perkara terutama macammana nak mengisi masa-masa luang yang percuma tidak buat apa-apa. Kadang-kadang rasa guilty dengan hidup yang kadang-kadang rasa kosong tak berisi. Tapi still tak tahu nak buat apa yang berguna. I need to be another person from i am now. Haha, tahu je mengadu dekat sini pun takkan jadi apa-apa kalau tak bertindak. :P Oklah..bye. Hope sangat jalan-jalan yang akan dilalui lepas ni lancar. Kalau tak lancar pun moga Allah pelihara dan berkati untuk bangun dan bangun lagi. Berdoa untuk jadi lebih baik dari semalam. lebih adil kepada diri dan orang lain.




1 comment:

HuiMay said...

Kri..sy rindu :(

2023-My new year start now

011222 Day 1 of life Bismillahirrohmanirrohim Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani Pada-Mu aku berserah dan bergantung ...