Skip to main content

Ahli Syurga

Mak, saat bercerita tentang sahabatnya bernama Raudhah, hampir tidak pernah saya dengar yang lain melainkan yang baik-baik sahaja. Sampai satu saat mak bercerita," kalau nak tengok ciri-ciri ahli syurga, tengoklah Raudhah.."

Saya hairan. "Apa ciri yang ada pada dia yang menggambarkan ciri-ciri ahli syurga?" . Lebih kurang begitulah soalan saya.

Mak kemudian menyambung cerita, " Raudhah ni, dia adalah seorang yang sangat suka meringankan orang lain. Contoh,kalau kita lagi basuh baju, tunggu nak sidai, kita datang balik tengok baju dah tersidai dengan baik. Boleh bayang tak perasaan kita masa tu macam mana? Dan bukan sekali saja, tapi berkali-kali. Tak pernah berkira"

Huhu. Saya senyum kambing saja masa tu, tau je, sedikit sebanyak mak memerli kami yang asyik berkira buat kerja rumah. Serampang dua mata. Cerita-cerita baik mengenai makcik Raudhah ini berulang kali dicerita mak sampai satu tahap saya rasa, mungkin benar dia ini bakal ahli syurga, dan saya amat ingin sekali bertemu dengannya. Tapi mak sudah lama terputus hubungan. Dia insan istimewa. Dia bukanlah dikalangan mereka yang membuat projek-projek yang besar. Tapi dia memberi contoh bahawa dalam hidup ini, perkara-perkara kecil ini bisa berimpak luar biasa. Subhanallah.

Sampai satu hari, mak bercerita, dia berjaya menjejak kasih dengan makcik Raudhah saat konvokesyen abah di UTM, Johor. Ternyata, makcik Raudhah ini memang orang yang hebat dan berperibadi hebat. Sebagai seorang suri rumah, diuji dengan suami yang sakit. Dan begitulah dia, dalam hidup yang mencabar masih mampu tersenyum dan berbicara lembut. Masih sangat bersyukur dengan segala nikmat yang Allah beri. Dan tidak pernah merungut.Subhanallah.

Kalau dulu, saat saya buat perangai aneh-aneh, mak akan kata, ahli syurga tak buat perangai-perangai macam ni. Saya jadi langsung ingat makcik Raudhah. Ok, saya pun nak jadi ahli syurga jugak. Kata saya dalam hati. Jadi saya belajar untuk berubah. Makcik Raudhah, walaupun saya tak pernah bertemu dia, tapi ternyata dia salah satu motivasi saya untuk banyak berubah. 

Sebenarnya, dah lama juga saya terlupa akan makcik Raudhah dan kisah ahli syurga ini sampai semalam, saya dengar di radio mq.fm Ustaz Saifulislam ada cerita tentang kisah di zaman rasulullah s.a.w.

Saat itu lalu satu jenazah, dan para sahabat semua mengatakan bahawa dia orang baik, bakal ahli syurga dan Rasulullah saw menyetujuinya. Kemudian lalu lagi satu jenazah,para sahabat mengatakan ini orang jahat, dan Rasulullah menyetujuinya. Dan sahabat yang lain pula, hairan dengan situasi ini lalu berkata.. Bagaimana kalian tahu dia ini ahli syurga sedangkan yang satu lagi bukan? .........

 hehe sampai situ je dengar lepas tu tertidur tak sedar. Jangan marah yaaaa....huhu. Pastu tadi google-google terjumpa hadis riwayat muslim tentang cerita ini..


 Dari Anas bin Malik RA, dia berkata, "Suatu ketika iringan jenazah lewat di hadapan (Rasulullah SAW), mayit itu dipuji dengan kebaikan, lalu beliau berkata, 'Tentu, tentu, tentu' Kemudian sebuah iringan jenazah lain lewat di hadapannya, mayat itu dicaci dengan keburukan, dan Rasulullah bersabda, 'Tentu, tentu, tentu? Lalu Umar berkata, 'Aku korbankan bagimu ayah dan ibuku, telah lewat iringan sebuah jenazah dan mayit itu dipuji dengan kebaikan, lalu engkau berkata, "Tentu, tentu, tentu." Kemudian iringan jenazah lain lewat. dan mayit itu dicaci dengan keburukan, lalu engkau berkata, Tentu, tentu, tentu"Maka Rasulullah bersabda, 'Barang siapa yang telah kalian katakan bahwa ia orang baik, maka ia pasti mendapat surga, namun barang siapa yang kalian katakan bahwa ia orang jahat, maka ia akan masuk neraka. Kamu sekalian adalah saksi Allah di muka bumi. Kamu adalah saksi Allah di muka bumi, kamu adalah saksi Allah di bumi ini."' {Muslim 3/53} 

Huhu, jadi sayu baca. Tak payah la nak tunggu orang puji atau apa, kalau orang yang baik itu, semua orang pun akan merasakan hal yag sama pada dia. Saya juga ada beberapa sahabat atau kenalan, yang saya rasa mereka ini memang orang-orang yang baik, ciri-ciri ahli syurga . Nanti mungkin boleh buat entri pasal mereka. Pendek kata, saya pun tak mau tertinggal 'train'. Walaupun sedar, dan sudah ukur baju di badan sendiri, banyak lagi ketinggalan, banyak lagi yang harus saya belajar dari ciri-ciri ahli syurga ini. Tapi, tak boleh kalah. Tak boleh kalah sebelum berjuang. Banyak lagi perkara yang saya harus mujahadah dan atasi. Banyak lagi perkara-perkara mazmumah yang harus saya lurusi. Mungkin sudah agak lama ini saya seakan lupa matlamat apa yang saya ingin capai. Semoga lebih kuat dan lebih bersemangat. Dan yang penting lebih sepenuh hati untuk berubah. Bak kata Ustaz Hasrizal, Syurga hanya terima orang-orang hebat...!! tak boleh tak jadi hebat!!!

Comments

Popular posts from this blog

How can I free your doubtful mind

Dulu, waktu di tingkatan dua, sekali dalam sebulan pengetua akan masuk ke kelas kami menggantikan guru pendidikan Islam. Itu adalah peluang bagi pengetua mendekati kami para pelajar. Nak dijadikan cerita, suatu hari, pengetua masuk ke kelas kami. Pengetua memberi salam.  "Assalamualaikum" Maka kami menyambut salam pengetua dengan ucapan "Waalaikumussalam warahmatullah hi wabarakatuh" Seorang pelajar putera mengetuai bacaan doa. Setelah tamat, kami beramai-ramai mengaminkan doa. Mata pengetua saya lihat tertumpu di muka saya. Mungkin sebab meja saya betul betul sebaris dengan meja guru, tak ada apa apa kot. Setelah semua pelajar duduk, pengetua bersuara.  "Kamu yang di belakang tu, bangun!"  Semua pelajar kelas saya ramai-ramai menoleh ke belakang mencari siapa yang pengetua maksudkan. Saya menunjuk diri . Saya ke? "Ya, kamu, berdiri!" Saya bangun, muka terasa panas,mungkin juga merah, saya juga tidak tahu. 

great lost

Meeting my old smart brilliant high school friend at my friend's wedding today..never that I know  she elegantly quit being a houseman.. suprisingly.. I am not shocked with her decision....but I do admire her..she told me about that with a great smile I had ever seen.. it so sincere plus her happiness shining through her eyes.. she's made a great and cool decision that I never think that I will ever had the same courage to do the same things if I was in her position. On the other hand...one of my senior are leaving us today and I admit that I am sad.. this person I do admire so much.such a role model. I do meet so many good people but nobody can challange  him in many aspect.. I do learn a lot from him.. Last but not least.... I do feel that we lost such a great teacher this week.Dr I.. wishing you all the best in master programme... you taught me a lot of things about ong and also survival skill.. I like how you always point out my weakness..that really help me to move fo

Demam

Bila jadi houseman ni, demam pun rasa bersalah.Tapi demam tu datang juga tanpa rasa bersalah, nak buat lagu mana kan.... Kadang-kadang, saya sedar yang saya dalam beberapa perkara tidak meletakkan sesuatu pada tempatnya.. zalim ke macam tu? mungkin, ya, mungkin jugak tidak.. cumanya, pada saat perkara tersebut terjadi saya tidak sedar sampaila tak lama kemudian terdetik dalam hati, kenapala aku buat macam tu, kenapala, kenapala..tapi dah buat kan... how i wish i can roll back time and be more ****..... I want to move on now... despite all my weakness , my inabilities, my limits, my discouragement , lack of confident, i believe in myself that i can go through this. i really love doing this! its actually my actual feeling but its deteriorating over time. how come i'am weakening so fast? till then..