Skip to main content

Hari hari sudah pun berlalu

"Hari hari sudah pun berlalu, Usiamu makin bertambah"

21 Syaaban 1433H
My birthday in Islamic calender:)
HAPPY BIRTHDAY TO ME!!!
Hehe

Bukan mengenai birthday yang ingin saya tulis disini. Ya, usia hanyalah angka-angka dan yang lebih penting pengisian yang hadir menemani angka tersebut.  Pantas sungguh masa berlalu, terasa baru kemarin bertolak ke Banjar untuk posting pertama dan menyambut ulangtahun mengikut tahun Masihi pada minggu pertama, sekarang, sudah berakhir posting ke tiga dari Buahdua dan menyambut Ulangtahun mengikut kalender Hijri. Subhanallah. Apa saja yang sudah dilalui dalam 3 bulan ini? 

Ramadhan bakal tiba, dan tahun ini, saya mahu lebih serius menyambut bulan ini. Ramadhan ibarat tamu istimewa yang datang menjenguk saban tahun, dan tidak salah jika kita juga mempersiapkan persiapan yang lebih istimewa. Jadi terpana saya saat membaca tajuk fenomena Ramadhan dari buku " Ramadhankan Hidupmu" Karya Dr Aidh Al Qarni yang menyebut, 

"Banyak orang yang hanya mengingat Allah di bulan Ramadhan. Mereka berbuat kejahatan, bermaksiat, berpaling dan membangkang ajaran Allah selama sebelas bulan. ketika bulan suci Ramadhan datang , baru mereka bergegas menuju ke masjid, memohon dengan kusyuk dan merendahkan diri seolah-olah mereka hendak menipu Allah. 

Bukankah pemilik Ramadhan juga pemilik bulan Syawal dan Syaaban? Bukankah Tuhan yang mengetahui rahsia di Bulan Ramadhan juga mengetahui segala yang disembunyikan pada bulan lain? Jika bulan Ramadhan berakhir dan mereka mengenakan pakaian hari raya, mereka menjauh dan memutuskan hubungan dengan Allah. Mereka kembali bersikap seperti semula"

Jadi malu. Malu pada Dia Yang Maha Tahu segala tingkah dan laku. Malu pada Dia yang Maha Tahu segala Isi hati dan fikiran sama ada di zahirkan atau tidak. Malu saja tak cukup, harus di buktikan dengan perbuatan. Ramadhan kali ini, saya kira sangat besar erti dalam diri. Ramadhan terakhir disambut di bumi Indonesia, bumi dimana pelbagai perkara dan peluang yang boleh dilakukan untuk memperbanyakkan amal di bulan Ramadhan. Ramadhan kali ini juga merupakan Ramadhan terakhir saya sebagai seorang mahasiswa . Dan mungkin juga Ramadhan kali ini merupakan Ramadhan terakhir saya? T_T

Apapun, pada saya tidak salah berlebih lebih beribadat di Bulan Ramadhan berbanding bulan lain. Sedangkan Rasulullah pun melipatgandakan ibadah di bulan ini terutama 10 terakhir. Cuma, kita semua kena ingat, kita beribadah bukan kerana Ramadhan, tapi kerana Tuhan yang menghadiahkan kita bulan Ramadhan. Dan tak dapat nafi, beribadah di bulan Ramadhan terasa lebih nikmat kerana hampir semua orang memperbanyakkan ibadah di banding bulan lain, sekaligus, motivasi meningkat. Yang penting disini apapun, Kita menyembah Allah, bukan menyembah Ramadhan. Dan tahun ini , harus memastikan momentum Ramadhan berkekalan sehingga Bulan-bulan selepasnya. Tak boleh semoga-semoga lagi.. harus jadi!!! (tu yang kena tulis , for future reference !!!)

Berbicara mengenai masa yang pantas berlalu, hampir 3 bulan lebih lagi, saya akan meninggalkan bumi ini setelah hampir 6 tahun bermastautin disini, hampir 12 minggu juga bakal menamatkan magang . Lama. Tapi saat ia berlalu, terasa baru kelmarin melewati semua itu. Pelbagai perkara mengisi ruang fikir. Kalau difikir-fikir, banyak benda kalau boleh....... tapi tiada istilah 'kalau' yang boleh diakui. Banyak juga memori-memori indah yang takkan terlupakan. Nikmat yang melimpah-limpah yang harus disyukuri. Pengalaman yang tidak mungkin boleh dibeli dengan wang ringgit. Dan tidak lupa perkara-perkara yang menyakitkan, dan semua itu semoga menjadi pengajaran dan sumber kekuatan untuk masa depan.  

till then..








:)

Comments

Popular posts from this blog

Lucky? Alhamdulillah:)

Sejak kemarin sahabat saya F, asyik kata saya " lucky" ( Nasib baik di sini: tak kantoi kalau terlambat datang) . Katanya dah lama dia perasan saya selalu bernasib baik ( mungkin dia lupa saya pernah dihukum kerana lambat;) ) . Tiap kali dia bagitahu saya, saya jadi tidak tahu nak respond macammana. "Alhamdulillah ;)",respon saya. Mungkin sebab saya pun tak rasa itu sebagai nasib yang baik. Atau sebetulnya itu memang bukan nasib baik. Mungkin itu berkat doa yang diajar Rasulullah saw untuk dibaca setiap pagi dan petang apabila keluar ruma h Bismillah hillazi La Yadhuru ma'as mihi syaiun fil ardhi wala fis sama'aie Wahuwas sami'ul 'alimm Ertinya : Dengan nama Allah,tidak dapat sesuatu pun yang memberi mudharat di bumi dan tidak juga di langit kepadaku dengan berkat namanya, dan Allah amat mendengar lagi amat mengetahui. Meaning: In the name of Allah, by whose name nothing is harmed! Neither on earth nor in the heavens and He is the all-Seeing, the a...

Not a single soul

 

Demam

Bila jadi houseman ni, demam pun rasa bersalah.Tapi demam tu datang juga tanpa rasa bersalah, nak buat lagu mana kan.... Kadang-kadang, saya sedar yang saya dalam beberapa perkara tidak meletakkan sesuatu pada tempatnya.. zalim ke macam tu? mungkin, ya, mungkin jugak tidak.. cumanya, pada saat perkara tersebut terjadi saya tidak sedar sampaila tak lama kemudian terdetik dalam hati, kenapala aku buat macam tu, kenapala, kenapala..tapi dah buat kan... how i wish i can roll back time and be more ****..... I want to move on now... despite all my weakness , my inabilities, my limits, my discouragement , lack of confident, i believe in myself that i can go through this. i really love doing this! its actually my actual feeling but its deteriorating over time. how come i'am weakening so fast? till then..