copy this from my fav blogger liyana :)
sesekali ketika dalam perjalanan untuk ke lab yang mengambil masa sejam setengah aku akan penuhi dengan menikmati (memandang kosong) pemandangan di luar tingkap sambil berfikir.
kadang-kadang itu aku rasa, baru terjentik dengan ujian sedikit sudah merasakan seperti ia merupakan ujian tsunami. padahal bukan apa-apa pun lagi
aku tersedar ini bila ex-murabbi sms berbunyi, "selalu-selalu lah tadabbur sirah nabawiyah dan kisah sahabat yang berjuang bermati-matian pertahankan fikrah, jadikan mereka sebagai penguat semangat kerana kita nak jumpa mereka."
bermati-matian katanya.
bermati-matian katanya.
aku terfikir, ujian yang kita hadapi sekarang bukan apa-apa kalau nak dibandingkan dengan mereka terdahulu, tak kena pukul atau kena baling batu pun, tapi kita dah sedih melebih-lebih. atau marah berlebih-lebih. tapi, nak jumpa mereka. malu kot kalau nak cerita pada mereka ujian kita sekarang sebab macam semut je. (itu pun kalau layak nak bertemu mereka)
patutlah mungkin sebab tahap keimanan seciput je. sebab itu ujian rasa macam sangat-berat. kalau bandingkan diri dengan sahabat zaman rasulullah memang tak dapat lah, cukup dengan banding kan dengan zaman ikhwan. memang dahsyat kut siksaan dan ujian mereka terima. cukuplah dengan membaca buku-buku pengalaman tulisan mereka dahulu.
tetiba aku rasa, zaman sekarang macam over pula. bukan zaman sekarang, mungkin orang yang mengaku diri daie. yang baru terjebak dalam jalan ini. sebab baru kena sikit dah over. padahal amal tak lah banyak mana, tapi kuat mengaduh. serius, amal tak lah banyak mana.
zaman ikhwan dulu kena siksa dengan seteruk-teruknya sampai aku tak tahu nak cakap macam mana. siang kena siksa, malam mengadu dan bersujud pada Allah, khatam alquran. hafal alquran. boleh tulis tafsir. tapi sekarang kita masih ada ruang untuk bersenang lenang dan bersuka riang.
aku rasa macam banyak buang masa sekarang ni. banyak fikir benda remeh berbanding benda besar.
terlalu fikir masalah sampai larut. padahal kita boleh jadi lebih baik dari itu, lebih sistematik, lebih merancang dan teratur.
kita hidup ini bukan nak fikir pasal diri kita je, masalah kita je atau fikir tentang kesedihan kita je.
dan kita tak boleh sesekali biarkan diri kita menganggur walaupun sesaat.
sebab kita boleh jadi lebih baik dari itu.
yang aku risaukan bila kita rasa kita dah cukup berkerja keras dan pengorbanan dah cukup besar
tapi sebenarnya dah dicemari dengan niat yang lain
na'uzubillah
semoga Allah luruskan jalan. bersihkan hati dan betulkan niat
ALlah di hadapan matlamat kita
kredit
jalan masih panjang, jika kita sudah rasa susah di awal perjalanan, bagaimanalah agaknya
Apakah kamu mengira bahawa kamu akan masuk syurga, padahal belum nyata bagi ALlah orang-orang yang berjihad di antara kamu, dan belum nyata orang-orang yang sabar.
[3:142]
Comments