Apa yang anda dapat pelajari selama 4 tahun berada di Indonesia?
"Belajar menjadi seorang yang sabar"
Inilah jawapan yang akhirnya muncul dalam fikiran saya .
Sabar, ternyata ia memerlukan praktik daripada kata-kata. Dan sabar itu tidak datang percuma, tetapi hikmahnya tiada tara. Begitu saya menyimpulkan. Terima Kasih Indonesia, kerana mengajar saya menghadapi hidup yang mencabar.
2012
Tahun yang tidak mungkin saya lupakan setelah tahun saya dilahirkan. Ibaratnya, tahun ini saya dilahirkan semula. Yang mana menjadi seorang dokter akan menjadi laluan hidup saya selepas ini. Bukan mudah untuk saya mencapai tingkat ini, tapi berkat doa semua dan ketentuan Allah, ini berlaku. Pernah saya katakan, laluan ini, bukanlah sesuatu yang saya impikan, tapi sungguh, ia memenuhi impian fitrah saya. Terima kasih Ya Allah, Engkau takdirkan aku dijalan ini. Bimbinglah aku dan jangan tinggalkan aku sendiri dijalan ini Ya Allah!. Meninggalkan Indonesia setelah hampir 6 tahun, ternyata tidak mudah. Bumi itu mengajar saya pelbagai cara menghadapi hidup. Saya rindukan cuaca dingin Bandung. Saya rindukan guru-guru yang tidak lokek berkongsi ilmu, Saya rindu akan kata-kata yang lembut sopan dan ayat-ayat yang bersemangat, Saya rindu akan teman-teman seperjuangan dan adik-adik junior yang saling mengingatkan, saya rindukan radio kecil yang setiap pagi mengejutkan saya untuk bangun pagi, tausiyah subuh AAgym,dll. Berada di sini pada awalnya saya kira sebagai balasan kepada saya, tapi ternyata ia bertukar menjadi rahmat buat hidup ini. Jika saya tidak berada disini, saya tidak akan berada di tahap ini. Terima kasih ya Allah :)
2013.
Hello! how I wonder what you are.. Bismillahhirrohmannirrohim.
Comments