Dulu, waktu di tingkatan dua, sekali dalam sebulan pengetua akan masuk ke kelas kami menggantikan guru pendidikan Islam. Itu adalah peluang bagi pengetua mendekati kami para pelajar.
Nak dijadikan cerita, suatu hari, pengetua masuk ke kelas kami. Pengetua memberi salam.
"Assalamualaikum"
Maka kami menyambut salam pengetua dengan ucapan
"Waalaikumussalam warahmatullah hi wabarakatuh"
Seorang pelajar putera mengetuai bacaan doa. Setelah tamat, kami beramai-ramai mengaminkan doa. Mata pengetua saya lihat tertumpu di muka saya. Mungkin sebab meja saya betul betul sebaris dengan meja guru, tak ada apa apa kot. Setelah semua pelajar duduk, pengetua bersuara.
"Kamu yang di belakang tu, bangun!"
Semua pelajar kelas saya ramai-ramai menoleh ke belakang mencari siapa yang pengetua maksudkan. Saya menunjuk diri . Saya ke?
"Ya, kamu, berdiri!"
Saya bangun, muka terasa panas,mungkin juga merah, saya juga tidak tahu.
"Tadi selepas saya memberi salam, kamu jawab tak?" tanya pengetua
"Jawab." balas saya.
"Kamu jawab salam guna apa, dari tadi saya lihat mulut kamu tidak bergerak -gerak. Tahu tak kamu yang jawab salam tu wajib. Tak boleh jawab dalam hati, harus ada lafaz............................(panjang lagi saya dah tak ingat)" kata pengetua
Mata saya memandang meja. Sebetulnya saya juga tidak terlalu ingat saya betul-betul menjawab salam menggunakan mulut atau hati, tapi kadang-kadang sering juga saat saya bicara, mulut saya seakan-akan tidak bergerak saking cepatnya. Tapi saya amat pasti saya menjawab salam dalam sedar. Saya rasa seolah -olah teraniaya. Suara pengetua makin meninggi. Kawan sekelas asyik menoleh ke belakang, Ada yang ketawa kecil. Air mata saya hampir tumpah.
" Siapa lagi tadi tidak menjawab salam saya . Bangun!" kata pengetua diakhir ceramah panjangnya pada muka saya.
Kawan sekelas saling berpandangan sesama sendiri. Tiba -tiba seorang teman bangun sambil mengankat tangan. Saat itu terasa seolah-olah ada cahaya masuk. Pengetua memandang pelajar tersebut sambil menggeleng kepala dan akhirnya mengakhiri ceramah dengan anjuran supaya lebih serius menjawab salam.
Saya melihat teman tersebut sambil mata saya berkaca-kaca.
Terima kasih kawan. :)
Ramai dikalangan kawan sekelas saya masih ingat peristiwa saya dimarahi pengetua dan cerita ini beberapa kali muncul lagi saat kami berkumpul bercerita kisah lama. Mungkin tidak ramai sedar betapa perkara tersebut melekat dalam hati saya tapi cuma menjadi senda gurau buat orang lain. Ramai yang cuma melihat peristiwa itu secara 'content' tetapi saya melihat itu mempunyai 'value ' yang bermakna buat saya. Value yang saya maksudkan ialah, tidak kira berapa ramai yang meninggalkan kita, jika ada seorang yang ada di pihak kita, its very comforting! Saya tidak merasakan tujuan dia bangun saat itu secara langsung untuk berada di pihak saya. Mungkin dia sendiri rasa bersalah tidak menjawab salam tapi tidak ditengking pengetua. Mungkin juga dia kesian pada saya.Tak kira apa pun alasan untuk dia bangun, yang pastinya alasan dia untuk tidak bangun adalah lebih banyak, tapi dia memilih untuk bangun. Walaupun bukan kerana saya, Its so comforting you know!
Thank you! because of that i learn on how to stand for others.
Comments