Friday, April 20, 2012

You are a piece of work

ooops...

i am sure little Bill would say " it's not a nice thing to say"

ooops ^_~

Wednesday, April 18, 2012

One of a kind

Alhamdulillah a'la kulli hal

Alhamdulillah a'la kulli hal :).

Takpa, Allah ada. Takpa, Allah Maha Tahu. Takpa Allah Maha adil. Takpa, apa-apa pun baik. Insha Allah.

Janganlah kamu bersedih hati, janganlah kamu ambil hati apatah lagi berkecil hati. Allah ada. DIA selalu ada:).

Allah Maha besar, Yang lain semua kecil:)))

Monday, April 16, 2012

Say NO!

Menjadi seorang yang alert dan aware akan persekitaran tidak memerlukan bakat-bakat tertentu dan ia juga bukanlah 'gifted'. Yang penting adalah mempunyai keinginan dan tak lembab serta tidak berusaha membuat assumsi sendiri yang salah. Kemahiran yang penting dalam usaha menjadi seorang yang peka adalah kemahiran membuat asumsi dan judgement yang benar atau menghampiri benar. Kalau rasa belum, jangan lah berperasaan yang anda seorang yang peka, kerana itu akan berakibat fatal..huhu

Fikir lebih sikit before you act, biar orang kata bodoh takpa, tapi jangan sesekali perasan pandai..

Should have learn more on how to say NO! ^_~

Sunday, April 15, 2012

Kehidupan


"Kesenangan yang datang tak akan selamanya
Begitulah selepas susah ada kesenangan
Seperti selepas malam datangnya siang
oleh itu waktu senang jangan lupa daratan"
T_T

Tanpa sedar, sudah hampir dua minggu meninggalkan penat lelah menghadapi ujian akhir . Dan setiap kali selesai ujian, perkara sama berulang dan terus berulang. Kalau belum dapat keputusan, akan bertungkus lumus berdoa-dan berdoa,bertaubat, berjanji macam-macam dengan diri untuk menjadi lebih baik jika Allah bagi peluang. Berdoa dan terus berdoa sehingga rasa macam-macam nak minta dari Tuhan. Tapi, yang sedihnya, bila Allah bagi nikmat, dapat apa yang dikehendaki, mula lupa Tuhan. Macam tak pernah minta apa-apa dari Tuhan. Tipikal kan manusia ni. Tapi, tolong Ya Allah, jangan biarkan aku hanyut dan hanyut setelah Engkau bagi petunjuk.

Malu.

Malu dengan diri apatah lagi pada Yang Maha Pengabul Doa. Kadang-kadang bukan kita tidak mau berubah, tapi kadang-kadang kita kurang kekuatan. Mungkin kita perlu semangat dari orang sekeliling, tapi kalau persekitaran kita juga kurang menyokong, nak tak nak kita yang kena jadi lebih kuat, kita perlu BOLEH. Tidak boleh tidak boleh. Sungguh kekuatan itu datang dari Allah, yang penting ada niat dan usaha juga tak putus asa dan terus berusaha. Mungkin kita perlu mula dengan diri sendiri, mula dengan benda yang kecil. Yang penting lagi harus istiqamah walaupun bukan senang, tapi la badda. Aku mohon kekuatan dari Mu Ya Allah untuk berubah dan kekal dalam perubahan. Tiada daya dan upaya melainkan dengan pertolongan Allah.

Baik??

Tak pernah terfikir diri ini untuk mengaku baik apatah lagi ingin dilabel orang baik, memang masih sangat belum layak. Ramai lagi orang yang lebih baik. Tapi, keinginan yang selalu ada dalam diri adalah mahu menjadi orang yang baik. Orang yang kata Allah dalam surah Al Fatihah, Orang yang mengikut jalan yang lurus. Siapa mereka? mereka adalah orang yang yang Allah berikan nikmat kepada mereka. Bukan orang yang mengikut jalan yang Allah murkai dan bukan pula jalan mereka yang sesat. Macam mana nak ikut Jalan yang lurus ini? salah satu cara dengan Ilmu. Memang Ilmu ini masih kurang bangat, tapi yang lebih takut dari itu adalah kurangnya ghairah dalam menuntut ilmu. Kenapa boleh sampai tahap ini? Ya Allah aku mohon kekuatan untuk terus kuat, juga kekuatan untuk cepat-cepat U-turn ke jalan yang lurus setiap kali aku tersasar.

Takut.

Kadang-kadang rasa takut. Takut sangat. Rasa bekal dalam diri belum cukup apatah lagi nak cukup kan buat orang lain. Kadang-kadang, wonder, kenapa Allah tempatkan diri pada situasi macam ni? Kadang rasa tak nampak jalan untuk ditempuhi. Rasa lost. Dan perkara yang sama keep on happen and happening dan sungguh sudah tak ada idea atau ikhtiar yang dapat difikirkan untuk atasi perkara ini. Bila perkara yang sama datang dan terus datang, memang sedar sangat la yang perkara tersebut belum berjaya lagi dilepasi. Macam remed la, kalau tak lepas, kena repeat dan repeat lagi. Tapi sungguh, soal ini diluar kebiasaan, mungkin yang sebenarnya tak la luar biasa mana juga, Cuma mungkin saya degil, asyik menjawab dengan cara yang sama, jadi outcomenya belum berubah. Ya Allah beri aku petunjuk dan yang paling penting kekuatan untuk membuat sesuatu betul-betul kerana Engkau semata. Engkau juga Yang Maha Mengetahui situasi aku dan Engkaulah sebaik-baik penolong dan tempat mengadu. Hasbunallah wa nikmal wakil nikmal maula wani’mannashiir (Cukuplah Allah menjadi penolong kami dan Allah adalah sebaik-baik Pelindung dan sebaik-baik penolong, T_T)

Oleh itu waktu senang jangan LUPA DARATAN~

gunakan kesempatan untuk kebaikan

sebelum segalanya terlepas dari genggaman

Kelak menyesal nanti tak berkesudahan

Apa guna sesalan hanya menekan jiwa~~

Gigih

Channel TV dirumah tiba-tiba bertambah. Hairan juga. Takutnya nanti tiba-tiba naik harga, susah juga. Tapi yang seronoknya, saat-saat santai macam ni kalau boring, memang buka TV la. Dan channel kegemaran sekarang adalah National Geography Wild. Banyak benda menarik saya dapat belajar dari haiwan. Tadi, saya baru tahu yang ikan pari boleh hidup lebih dari 50 tahun, fuh, lebih kurang orang juga la kan. Pastu yang saya kagum lagi adalah bagaimana orang-orang di sebalik layar yang bertungkus lumus memastikan kemandirian spesis-spesis haiwan ini dan pelbagai cara yang digunakan untuk memahami dunia haiwan ini. Saya ni yang cuma belajar tentang manusia sahaja pun asyik bosan, mereka ni belajar tentang sesuatu yang tidak berkaitan dengan diri, sudah la melibatkan pelbagai spesis, tapi tak bosan-bosan. Malah sangat passionate dan motivated dengan kerja-kerja masing masing. Sangat gigih. Mungkin saya kena lebih sering tengok benda-benda yang menginspirasi macam ni. Rindu diri saya yang dulu:(.

GIGIH

Bercakap pasal gigih ni, tadi juga saya ada menonton suatu dokumentari tentang Tiger Wood. Mula-mula tak perasan juga sebab apa saya tonton, tapi lama-lama, saya tertarik dengan kegigihan Tiger Wood. Ok, minus kisah-kisah skandal, pada saya untuk jadi orang hebat ni perlu gigih. Walaupun saya kurang faham permainan golf, tapi, kegigihan dalam mencapai kejayaan yang cuba disampaikan, saya mengerti. Dan saya juga belajar beberapa ciri lain untuk menjadi orang yang hebat.

1.Fokus.
Karekter ini sangat saya minat dari watak Tiger Woods. Kalau mahukan sesuatu, kita memang perlu fokus kemahuan kita, dan bagaimana cara untuk mendapatkannya.

2.Kurang bercakap, kerja jalan

3.Kritis

4.Mempunyai pengkritik tetap
Ayah dia

5.Family man

hehe, tiba-tiba sampai ke sini pulak kan?.
Nanti sambung lagilah.

Friday, April 13, 2012

Kalau awak senyum , saya pun nak senyum sekali

Hehe, ubah sikit dari lirik lagu kegemaran mat Irfan, "kalau saya senyum awak mesti senyum sekali"..
Tak kesahlakan, saya senyum sebab awak senyum ke, awak senyum sebab saya senyum ke atau saya senyum bukan sebab awak ke...
Yang penting.
.
"senyum, tak perlu kata apa-apa"

Hari senyum sedunia:)

Sungguh, senyum memang pengubat segala-galanya. Jadi tak salah kalau kita perlu bersusah payah berusaha demi untuk mendapat sekuntum senyuman di akhirnya. Senyum memang ubat menghapus duka. Alhamdulillah, setelah melaui saat-saat mendebarkan, saat-saat memenatkan, saat-saat endorfin menurun dan adrenalin meningkat dengan cepat, akhirnya kita berjaya mengharungi saat-saat getir ini..Tahniah buat semua kawan-kawan batch 2006 Fakultas Kedoktoran UNPAD..We did It!!! Melihat senyuman semua orang memang membahagiakan. Jadi jom senyum sambil bersyukur, tak payah kata apa-apa:)))))

Cita-cita

Dari kelmarin,waktu tengah tengok TV rancangan National Geography pasal cerita kat bawah ni ...


tiba-tiba teringat kenangan waktu kem tingkatan 5. Waktu tu ada satu sesi, waktu malam ingat lagi penceramah tu tanya kami seorang-seorang "apa cita-cita kamu?" Pastu semua orang pun jawabla, dokter,pensyarah, saintis, Jurutera , arkitek, akauntan dan senarai tu pun berulang. Waktu tu, cita-cita terakhir saya masa tingkatan 5 adalah nak jadi wartawan. Waktu tu semangat ingin tahu sangat kuat dan rasa macam semua benda pun nak tahu. Tapi malu la kan nak cakap jadi wartawan. Ambik sains pastu nak jadi wartawan. Macam ada yang tak kena ja. Pastu bila saat saya ditanya apa cita-cita kamu? saya jawab "Doktor" hehe, jawapan yang paling senang walaupun memang bukan dari hati.

Saat-saat yang tak boleh saya lupa apabila penceramah tu tanya kawan saya yang duduk selang beberapa kerusi di sebelah kanan sebelah saya, apa cita-cita kamu? dia cakap "Nak jadi penulis". Saya ingat lagi penceramah tu buat mulut dan muka dia macam terkejut. Sebab tu la saya malas nak cakap jadi wartawan, dah tau dah apa reaksi orang. huhu . Tapi kalau dilihat dari sudut yang lain, saya sangat kagum dengan kawan tersebut, Anisa nama dia. Kagum bagaimana dia mempunyai keberanian untuk menjadi berbeza dari orang lain. Kagum sebab dia tahu apa yang dia nak dan ada keberanian untuk suarakan hasrat hati dia dan juga berani untuk bermimpi. Tak macam saya penakut!!!! Dan cita-cita tersebut memang sesuai dengan kebolehan dia. Dia memang seorang penulis yang bagus dan juga seorang pembaca yang hebat. Waktu tu, orang tak kenal lagi Harry Potter tapi dia dah baca buku Harry Potter and the Prisinor of Azkaban. Kalau tengok list-list buku yang dia baca memang up to date. Walaupun akhirnya sekarang dia berhasil menjadi seorang doker, tapi takpa, dia sudah memberi saya suatu inspirasi yang saya takkan lupa sampai bila-bila.

Eh, dah melalut, tapi sampai akhir pun, saya tak pernah suarakan hasrat untuk menjadi seorang wartawan walaupun saya sebenarnya ada wawasan yang tinggi dan tahu arah mana yang saya nak. Tapi saya tak cukup ada keberanian untuk bertindak dan juga saat tu memang kurang jelas laluan-laluan yang patut saya ambik. Jadi akhirnya, Profesi dokter ini terpilih. Kalau nak kata takdir, mesti mak akan kata," bukan dulu doa sungguh-sungguh ke nak bagi dapat medik"(btw,doa boleh mengubah takdir;p)..hehe, memang betul pun. Siap nazar lagi. Tapi saat tu saat-saat buntu dan tak tahu nak jadi apa untuk masa depan yang menjanjikan.Kalau orang tanya kenapa nak jadi dokter, memang tak tau nak cakap apa, pastu baru la nak cerita balik semua dari awal macammana akhirnya pilih nak jadi dokter". Tapi bila dah sedar, dah tak boleh nak patah balik lagi. Dan yang terbaiknya antara semua, it's not how i am into this profession, but how this profession affecting me. Sangat impress dengan kerja tuhan. Jadi, saya amat berharap sedikit sebanyak apa yang saya dapat pelajari dan rasai sepanjang kira-kira 7 tahun setengah( 2 tahun a level, 5 tahun setengah medical degree) ini akan menjadi akar yang kuat dalam diri saya untuk terus bertahan dan enjoy dalam profesi ini. Mungkin ini bukan sesuatu yang saya impikan, tapi saya amat berharap setelah pelbagai susah payah, air mata, pengalaman berharga, kegembiraan yang saya rasakan dalam merentasi setiap jalan dan liku sepanjang hampir lapan tahun ini, saya dapat menjadi seorang hamba yang bersyukur dan menjadikan semua ini sebagai modal membentuk impian yang baru. Saya perlu lebih berani untuk bermimpi. Semangat!!!! :)

Berita Gembira

Banyak betul berita gembira bulan APRIL ini. Sebab tu saya suka April:).. Adik saya akhirnya bakal melangsungkan pernikahan tanggal 26 April ini. Boleh lihat kat blog ini. Selamat menjadi orang Ganu la lepasni;p. Tak sangka kan masa cepat je berlalu. Rasa macam baru kelmarin tengah main kawin-kawin atas buaian (ingat dulu masa kecik suka jadi mak andam), tengok-tengok dah betul-betul bertemu jodoh adikku ini. Pagi tadi kawan saya, Natrah bagitau bakal adik ipar tu saudara dia. Hehe, what a small world. Tapi sedih juga tak berpeluang ikut majlis sama-sama (tak dapat nak jadi mak andam betul-betul,huhu). Tapi takpa, doaku terus mengiringi. Semoga jadi isteri solehah seperti Khadijah. Dan semoga dikurniakan anak-anak yang muslih dan menjadi penyejuk mata. (p/s: tak sabar nak dapat anak menakan;p)hihihi...

4 April- A day to remember...^_______________^

Semalam telefon mak, tanya tengah buat apa? Mak jawab " tengah duk buka puasa makan gulai ayam kampung. Puasa nazar haritu tak habis lagi" hehe.. pastu teringat mesej abah lepas saya sms kata saya lulus..
Pertama kali abah kena puasa nazar 3 hari. Tadi dah sujud Syukur. Air mata berlinang. Tak tau nak kata apa dah

Huhu..terharu. Memang dah menitik-nitik dah air mata masa tu.Abah memang tak pernah nazar sebelum ni dan sebab saya dia akhirnya bernazar. Saya tau antara ramai-ramai anak, saya la yang paling selalu bagi abah dan mak suspen. Walaupun memang tak sengaja, tapi memang selalu la berlaku. Tapi abah dan mak tetap bertahan dengan saya dan tak pernah lupa doakan saya. Sangat terharu kot. Adik beradik jugak. Terima kasih. Dan memang saya takkan dapat semua ni tanpa pertolongan Allah dan juga doa-doa semua. Terima Kasih sangat. Pasni kalau lalui zaman-zaman susah lagi, kena ingat balik saat-saat ni dimana memang tak boleh langsung rasa selesa dan perlu sentiasa minta tolong Allah dalam semua perkara. Tiada daya dan upaya melainkan dengan pertolongan Allah.

Akhir kata, terima kasih Allah dengan nikmat ini.:). Dan Jangan biarkan aku berpaling dan berpaling lagi.


"Ya Haiyyum, Ya Qayyum, dengan rahmatMu daku memohon pertolongan. Baikilah seluruh urusanku, dan janganlah Engkau serahkan diriku ini kepadaku walaupun sekelip mata” (Riwayat al-Nasai, dinilai sahih oleh al-Albani)

Amin

lastly jom senyummmmmm^_________________________^


Wednesday, April 4, 2012

Doa

ku iringi doa tulus
sesuci embun pagi
dibasahi tasbih memuji
TUHAN PENCIPTA AlAM SEMESTA

ku lagukan hasrat hati
padaMu Tuhan ku serah diri
mengharap lautan rahmatMu
bekalan disana nanti

........................................................................................................

Monday, April 2, 2012

Hasbunallah wanikmal wakil

Sering kali, mulut lebih cepat melangkah saat otak masih merangka jalan mana yang harus ditempuh. Dan setiap kali itu juga akan terkeluar "opss..dah lebih cakap dah ni" walaupun sebenarnya tak bermaksud pun nak cakap begitu, tapi begitulah.... Ok i should take full control of myself not otherway round;)

Perkara seperti ini bukanlah pertama kali menimpa, dan setiap kali ditimpa perkara yang sama , ada pelbagai ibrah yang saya dapat yang sebelumnya belum saya temui. Kadang-kadang rasa sangat penat dengan percaturan manusia yang tidak pernah penat menyusahkan orang lain, tapi bila sedar, semua yang berlaku ni, kalau Allah tak izin, takkan berlaku, dah tak boleh nak kata apa-apa. Memang Allah yang berkehendak. Orang-orang ini cuma alat untuk menguji saya, mungkin ada benda lain yang Allah nak saya belajar tentang kehidupan, tentang kesalahan yang saya lakukan sebelumnya. Mungkin kalau saya asyik lihat salah orang, macam-macam saya boleh senaraikan, tapi saya tak dapat nak ubah orang lain. Yang saya boleh ubah cumalah diri sendiri. Semoga ujian kali ini dapat mendekatkan lagi saya dengan Allah, lebih kuat bergantung harap padaNya. Jangan cepat rasa selesa dan saya perlu sedar, yang saya ni takda apa-apa tanpa pertolongan dan kasih sayang Allah. T_T

Tak apa, hidup mesti terus. Tak semestinya apa yang saya rasa baik itu baik bagi saya, tapi saya harap sangat hidup saya Allah pandu mengikut jalan yang betul dan baik menurut pandangan Allah. Tak kira sesusah mana pun jalan yang perlu dilalui, kalau baik menurut Allah, saya mahu melaluinya. Saya bermohon sungguh-sungguh supaya Allah sentiasa pandu setiap gerak geri saya, supaya Allah tak tinggalkan saya, supaya Allah rahmati setiap langkah saya, sungguh tanpa kebaikan Allah dalam urusan hidup saya, sungguh saya tak ada apa-apa T_T

Hasbunallah wanikml wakil. Cukuplah Allah menjadi penolong kami :))))

2023-My new year start now

011222 Day 1 of life Bismillahirrohmanirrohim Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani Pada-Mu aku berserah dan bergantung ...