Sham Kamikaze
Terus terang, ini adalah kali pertama saya menonton dan berkongsi video ini setelah sekian lama dan sekian ramai yang berkongsi cerita ini di wall facebook. Mungkin sebab sudah tahu cerita, mungkin jugak kedekut internet , tambahan lagi mak dah cerita dengan detail, jadi tak rasa sangat nak tengok. Mungkin jugak sebelum ni, kisah artis dapat hidayah, kisah artis 'U turn' sudah acap kali didengar, jadi mungkin ini pun sama je macam kisah-kisah dulu. Mungkin (lagi?) sebab saya sebelum ini tidak mengenali dia secara peribadi, tak pernah ikut gosip ke, apa-apa update tentang dia. Tidak tahu pun lagu apa yang dinyanyikan dia, tapi tau je ada kumpulan nama Kamikaze, dan nama Sham ni sering je dengar, cuma sebab tak minat, jadi tak ambik tau sangatla..huhu..panjangnya intro......
Tapi seperti yang dikatakan diatas, makin lama, makin ramai yang share, makin ramai yang like fanpage sham ni, sampai saya jadi terpanggil.. what so great about this person? Jadi saya pun like juga fanpage dia setelah beberapa lama. Awal-awal, sepengamatan saya, dia ini memang saya dapat rasa dia orang baik. Jadi untuk dia dikurniakan nikmat hidayah ni bagi saya memang tak mustahil. Dan saya suka juga bila dia update status, bahasa dia mudah dan ringkas terasa lembut dan sampai dihati. Dan yang paling saya kagum, setiap hari, ok kena caps lock SETIAP HARI.. tak pernah fail untuk ingat kan orang lain untuk solat berjemaah, solat awal waktu, jangan lengahkan solat, jom zikir, tutup aurat dan lain-lain lagi. Contoh-contoh status sham
Kepada sahabatku yang baik dan belum menutup aurat, silakan menutupnya sementara Allah beri peluang ya :-)
Jangan lengahkan solat sahabatku yang baik :-)
Mari istighfar
Selamat Maghrib sahabatku semua :-) Ayuh berjemaah di surau/masjid.
Dan boleh kata , status-status ini memang terus update setiap hari setiap kali waktu solat tanpa jemu, tapi sampai saya pulak yang rasa jemu, means, bila baca ada satu tahap sampai tak rasa papa sedangkan tak solat lagi..Astaghfirullah:(..
Tapi, walaupun saya rasa jemu, usaha Sham yang tak jemu-jemu mengupdate ni sedikit sebanyak mengupgrade saya. Saya jadi malu. Kadang-kadang lewat-lewat solat, kadang-kadang solat akhir waktu, kadang-kadang 1 hari langsung tak pegang Al-quraan. Jadi saya ambil inisiatif, setiap kali kalau ternampak status sham ni kalau saya belum solat, saya terus pergi ambik wuduk dan solat, tak pun saya like atau share status dia,supaya orang lain pun terbaca juga. Kadang-kadang mungkin orang rasa benda ni kecik je, tapi kesungguhan dan keistiqamahan dia membuat kerja-kerja yang 'sederhana' ni menambat hati saya. Dalam kata lain, mengubah daripada kita cuma TAHU menjadi MAHU untuk buat sesuatu. What a great job!!!!!.
Baru habis tengok satu lagi video rasa nak menangis T_____T
Suka part masa Dr Asri kata
"saya rasa insan ini, apabila sampai pada satu titik, dia akan berubah. Terutama insan-insan yang sudah ada nilai-nilai baik dalam diri dia dan perubahan yang berlaku pada Sham ini adalah salah satu daripada rantaian manusia-manusia yang berubah dalam rantaian sejarah. Dan Agama ini meraikan orang-orang yang ada kebolehan macam Sham ni. Macam Sham, saya tengok dia berubah dengan faham dia bukan kerana oleh kata nak berubah, ok berubah, tapi dia cuba paham satu persatu dan ini penting untuk siapa yang nak berubah..."
Semoga saya juga berharap dapat berubah dengan faham!!!! Dulu pun abang pernah kata, senior dia cerita setiap hati manusia ni dikunci oleh mangga(padlock) dan akan ada anak kunci yang tepat yang boleh buka mangga tu, lebih kurang macam tula dia kata, maksudnya akan ada orang yang tepat yang boleh buka hati tu pada cahaya @ hidayah.. bila saya hayati kisah ni saya rasa apa yang abang cerita tu ada betulnya... Ingat juga dulu abang cerita, dia awal-awal dengar kuliah alahyarham ustaz Dahlan, tak faham apa pun, tapi dia tetap tulis isi-isi penting wlaupun tak faham, sampai satu saat, dia dah faham, bila dia baca balik nota-nota yang lama, rasa syukur sangat dia tulis waktu dulu. Bila Sham kata dia beli-beli buku , bila dia datang kuliah Dr Asri, kitab-kitab tu jugak yang diguna pakai, fuhhh..tak dapat nak describe perasaan tuuuu..
Bila terbaca kisah-kisah sebegini rasa sangat sayu, teringin juga nak rasa episod yang sama. Kisah orang islam dan hidayah pun dah mengharukan macam ni, kalau kisah non muslim dapat hidayah lagila.. Kadang-kadang bila Ustaz Zahazan menyeru " Doala dengan bersungguh-sungguh supaya teman-teman, jiran-jiran yang non muslim yang baik-baik tu mengenal Islam dan semoga mereka dapat hidayah. tak kesian ke dekat mereka, biarlah sama-sama kita jadi teman di dunia dan akhirat." rasa macam nak jerit kuat-kuat je bagitahu, tapi ternyata dalam hati je...T_T.. Ingat juga masa adik brother Shah Kirit masa acara comparative religion di Jatinangor, dia kata kalaula dia meninggal sebelum menjadi seorang muslim, dia nak saman semua orang islam di Malaysia ni khas nya sebab tak ada siapa pernah ajar dia pasal islam. Islam ini bukan agama khas untuk orang melayu sahaja tapi buat setiap manusia di dunia. Waktu tu memang rasa bersalah sangat dekat non muslim sebab memang tak pernah cerita atau kongsi apa-apa tentang islam. nak jadi role model apatah lagi? T__T. Tapi apa yang saya dapat dari sini adalah.. HARUS ADA USAHA,dan hidayah itu akan datang, dan taufik yaitu kekuatan untuk melaksanakan hidayah itu akan menyusul.
Pay it forward
Cerita ni tak ingat pulak tengok masa darjah enam atau time sekolah menengah. Tapi yang pasti waktu tu nak sangat tengok cerita ni sebab Halen Hunt berlakon dan jalan cerita dia nice..
Kisah tentang seorang budak yang mendapat idea untuk mengubah dunia dengan kebaikan setelah mendapat tugasan dari gurunya. Caranya adalah dengan "Pay it Forward".. Jadi didalam plan of action, dia mencadangkan satu orang, berbuat baik kepada 3 orang, dan orang yang yang menerima kebaikan itu harus mencari 3 orang yang lain dan menyebarkan kebaikan tersebut dan begitulah seterusnya....
Very inspiring......
Sham Kamikaze dan Pay it Foward.
Dalam cerita Pay it Foward itu, sampai satu tahap budak tu rasa putus asa sebab orang lain tak nak sebarkan kebaikan.. Dalam hal ini saya rasa akan hanya berhasil jika ada orang-orang yang istiqamah seperti yang dicontohkan Sham.. Mungkin usaha dia yang kecil tapi berterusan itu, tak dapat nak ajak semua orang tapi cuma beberapa orang mungkin tersedar dari ajakan dia yang sungguh-sungguh itu, dan mereka juga menyebarkan kebaikan yang sama.. ya kebaikan dapat disebarkan..saya positif :)
p/s: I can't wait to meet my key!!
Comments