Skip to main content

My mummy's words of wisdom

      Abah dan Mak kalau dalam beberapa perkara sering mempunyai pendapat yang berbeza. Abah suka gulai cair, mak suka gulai pekat. Abah suka warna terang, mak suka warna lembut..huhu..kadang-kadang rasa lawak jugakla.. tapi tentang satu perkara ni, mereka berdua sama sama berpegang kuat dengannya....

"siapa buat, dia yang dapat"

huhu...

Biasalah, hidup dalam keluarga yang adik beradik ramai, kerja rumah banyak, yang nak buat kerja sikit, jadi yang paling menonjol adalah sikap berkira. Sikit-sikit nak berkira, sikit sikit nak komplen, aku buat kerja lagi banyak, kau tak buat apa, duduk saja ja, tak nampak ke kerja banyak dllll... banyak pun kalau tak menyumbang tak guna jugak.. Sedar tak sedar, hidup yang harusnya maufakat menjadi berkat menjadi hancur berkecai...puncanya apa?

1. suka berkira- pada yang malas
2. rasa lebih tinggi dari orang lain- pada yang rajin

Dan apa yang saya suka adalah, bagaimana mak menghadapi kami dengan kata-kata yang lembut tapi menikam kalbu ;p

" siapa buat dia yang dapat! "

Kenangan yang saya tak boleh lupa dengan kata-kata ini adalah setiap kali dapat adik baru. Tiap-tiap kali mak baru melahirkan, kami semua akan berebut menjadi kakak mithali, tak berhenti-henti nak angkat dan sayang adik tapi bila saat adik BAB (buang air besar) semua lari. huhu.. lama-lama mak pun kata, sapa yang selalu bersihkan adik tiap-tiap kali Bab, nanti adik sayang dia lebih. Yang lain masih mengelat, tapi saya menyahut cabaran mak dan ternyata benar;p

Siapa buat, dia dapat

Kadang-kadang saya malas (Nota: menyampahahhhh) dengan orang yang bila dia volunteer untuk buat sesuatu, pastu banyak nak komplen. Dan benda pertama yang akan keluar dari kepala saya adalah " kalau tak nak buat tak payah la buat!!!!" Stress tau tak, nak buat tapi nak bising, nak demand macam-macam, pastu mentang-mentang dia yang bekerja keras, orang yang tak buat apa-apa harus menghargai kerja dia, harus setuju dengan hasil kerja dia. Mana dia tau orang yang tak buat apa-apa tu tak nak buat kerja yang dia buat tu. Dah dia tak mintak tolong atau apa , nak susah sendiri sendiri, pastu bila dia stress, kenapa orang lain pun kena rasa stress dia jugak?. Pastu siap nak cakap banyak lagi benda dia nak kena buat selain buat benda ni...HELLLOOOOO, huhu, kalau dah tak nak buat sudah la pergi tidur, bagi orang lain yang nak buat buat!!!!! STRESSS sorang-sorang sudahla!!! ;p

Tak dapat nafikan, kita ada masa kita rasa ikhlas nak buat kerja tapi orang persekitaran tak mendukung yang ikhlas tadi boleh jadi tak ikhlas. Tapi, kalau kita guna method siapa buat, dia dapat ni, yang rasa tak ikhlas tadi, I Allah boleh jadi ikhlas semula. Sebenarnya bila kita buat sesuatu dan apabila kita buat sesuatu itu memberikan impak pada orang lain, yang harus kita buat adalah,kita buat dan berikan yang terbaik, tapi jangan berharap apa-apa!!!! Zero expectation!! seriously!!!! Jangan ada dalam otak atau fikiran atau harapan sekalipun yang orang akan appreciate apa yang kita buat, orang akan terima buta-buta hasil susah payah kita, orang akan puji kita atas susah payah kita...jangan. please la, kalau ada sedetik pun terlintas, tolongla suppress cepat-cepat. Bukan apa, supaya kita sendiri tak menderita bila hasilnya sebaliknya. Orang tak setuju, orang banyak komen, orang tak appreciate..Walaupun kita rasa apa yang kita buat tu dah terbaik dah menurut kita, nak buat baik macam mana lagi??? Tapi tak  perasan lagi ke, apa yang kita rasa baik, tak semestinya baik menurut orang lain. Masalah sekarang bukan masalah susahnya nak puaskan hati semua pihak, masalah yang harus kita atasi dulu adalah, kita jangan ada expectation yang kita memberikan solusi yang terbaik. Buat yang terbaik takpa, tapi perasan solusi kita yang terbaik itu yang salah.

Siapa buat, dia dapat. Seriously!!! pointnya disini adalah, bila kita buat sesuatu, dan kita berikan yang terbaik, kita akan dapat hasilnya. percayalah!!!!. Hasilnya disini adalah bukan dalam bentuk orang appreciate apa yang kita buat, bukan juga orang semua angguk kepala tanda setuju. Tapi nikmat yang terbesar yang kita dapat adalah suatu proses untuk membuat sesuatu yang tak dapat dinikmati oleh orang lain melainkan orang yang buat tersebut. Contoh macam nak buat kek, hasil akhir yang kita akan dapat adalah, kek naik, kembang, tak hangit, sedap, cukup rasa. Orang yang makan, dia cuma boleh cakap kek ni sedap atau tak, kalau sedap makan, kalau tak sedap kutuk..huhu, tapi kita sebagai orang yang buat kek, kita akan dapat mempelajari pelbagai teknik dan ilmu baru, ooo, kek ni tak naik sebab macamni, macamtu. ow, kek ni tak sedap sebab kurang ini itu.. dan macam-macam lagi. Macam adik-adik saya yang menjual kacang, setiap kali, ada je cacat cela, sekejap hitam, sekejap kurang masakla, but they keep on doing, sampai lama-lama mereka dah tau, ok, goreng kena lama ni, warna macam ni dah kena angkat, campur kacang dengan air tak boelh lama-lama, dlll. 

The thing is, teknik yang kita dapat itu adalah specially untuk diri kita sendiri jugak, bukan untuk orang lain. Jadi, bila kita buat sesuatu, sebenarnya itu adalah untuk diri kita sendiri. Sebab tula kita harus buat yang terbaik. Sama la bila kita ditugaskan mengurus keperluan sekumpulan orang, kita buat yang terbaik, tapi kita jangan harapkan, hasil yang kita capai itu adalah yang terbaik. Sebenarnya setiap kritikan orang lain itu adalah proses belajar buat diri kita. Orang yang komen tu dia tak dapat apa melainkan boleh komen ja. Kita yang terlibat secara langsung dalam proses tersebut, kita akan dapat,contohnya, bila orang komen, kita rasa nak meletup, ye la, dah penat-penat buat, dia tu apa pun tak buat, tau nak komen je, pastu kita ingat, ok, kita buat, kita yang dapat, jadi kita kan cool down dan cuba untuk terima kritikan,... perasan tak? pada saat itu kita sudah belajar untuk menurunkan ego dan menerima pendapat orang lain. Kita juga dapat belajar untuk bersabar dengan kerenah orang, kita juga belajar yang ya, kita pun ada beberapa perkara terlepas pandang, jadi lepas ni kita akan lebih hati-hati... Bukankah semua itu lebih bernilai buat diri kita dan membentuk keperibadian kita.. Ingat orang yang tau komplain tu dapat ke semua ni?????huhu

               Usaha dan hasil adalah dua benda yang berbeza. Biasa je kan, kita dah study sampai hangit, tapi keluar result fail jugak. Salah ke kita study sungguh-sugguh ? salah ke kita fail setelah kita study sungguh-sungguh? Jadi adakah maksud kita kalau kita study sungguh itu kita HARUS Pass exam??? Pass atau Fail sesuatu exam itu adakah terletak pada kita study sungguh sungguh atau tak? Tapi kalau tak study sungguh-sungguh, takkan la boleh pass. huhu..sapa kata??? Ada je orang yang tak study tapi pass je. Takkan semua orang jenius kot....

              Salah kita adalah bila kita expect, hasil tu adalah dari kita. SALAH yang FATAL!!! hasil itu adalah dapi Allah yang dah lama dia tetapkan. Bila kita faham konsep ni, kita akan rasa rendah diri, kita akan rasa tunduk, kita akan rasa kita ni tak ada apa-apa. Salah terbesar kita adalah, bila kita buat sesuatu itu, kita tak harap pertolongan Allah. Kita rasa, tak dak apa la,kecik je ni. kita sendiri boleh handle benda ni, kenapa nak mintak Allah tolong. Jadi mungkin sebab Allah marah dengan sikap egois kita, mungkin jugak sebab Allah nak tegur kita, mungkin jugak sebab Allah nak ajar kita, bilamana kita tiada pergantungan pada dia, kita ni tak dak apa apanya...Astaghfirullah...

Ok, till then, jangan lah nak banyak merungut bila buat sesuatu. Kalau rasa nak merungut tak payah buat la senang, kalau nak buat jugak, paksalah diri untuk buat jugak tanpa merungut. Stopla bising-bising aku dah buat yang terbaik , tapi tak dak orang nak apprecciate, nampak sangat kot, buat sebab nak harap orang lain bagi penghargaan.. please laa..  Pernah sekali, saya ditugaskan dengan seorang teman dan dia merungut itu ini, pastu saya kata dekat dia, kalau tak nak buat balik je, saya boleh buat je. Pastu ada kawan lain pulak menyampuk, "tapi itu tanggung jawab dia, jadi mana boleh ikut mood nak buat atau tak" Kemudian saya jawab balik " daripada dia buat sesuatu tapi dia tak dapat apa-apa,lagi tak guna".. jadi, begitulah, kita buat sesuatu itu , seriously tak kesahla kalau itu untuk kepentingan umum sekali pun, natijah dia akan berbalik pada diri kita sendiri.. kalau tak percaya, pernah tak dengar tentang seorang tukang rumah dan majikan dia?

Tukang rumah ni seorang yang ahli dalam membuat rumah, dan setiap hasil tangan dia adalah sangat hebat dan mengagumkan. Sampai satu saat tukang rumah ni rasa penat dan nak bersara. Tuan rumah tu minta permintaan terakhir, buatla satu rumah kat dia. Sebab tukang rumah ni rasa malas, ye la orang nak pencen nak suruh lagi, dia pun buat la dengan ala kadar ja. Bila dah siap dia bagi kunci pada majikan dia. Majikan dia membalikkan kunci pada dia balik, kata ini hadiah atas segala kerja keras dia selama ni.. Alangkah terkejutnya tukang rumah tersebut, kalau dia tau nak dapat hadiah tu, patutnya dia buat lebih baik lagi...haa..kan orang dah kata buat yang terbaik;p

Satu lagi, tentang Ikhlas, kalau kita rasa kita dah buat ni dah ikhlas habis dah, maknanya kita sebenarnya belum ikhlas. Ikhlas itu tak dapat describe dengan kata-kata, tapi bila kita ikhlas itu kita cuma dapat merasainya. ikhlas itu buat sesuatu tanpa mengharapkan apa-apa..zero expectation. tapi tak bermakna kalau kita tak ikhlas, kita biar je, ikhlas iu boleh dilatih.. Selamat beramal ;p

p/s: My mummy's word of wisdom 2: kalau tak mau buat takpa, tinggai ja, biar mak yang buat, nanti mak yang dapat;p huhu

p/s 2: Kalau janji ditepati itu wajar, eh bukan wajar lagi, WAJIB. Tapi kalau balas budi tu tidak wajar , tidak wajib, sunat pun tak, harus tu optional, tapi bagi saya makrukh.. yela, siapa yang suruh dia janji. Dah janji kena la tepati..Balas budi????? tak masuk dalam senarai kottt...;p

Comments

Popular posts from this blog

How can I free your doubtful mind

Dulu, waktu di tingkatan dua, sekali dalam sebulan pengetua akan masuk ke kelas kami menggantikan guru pendidikan Islam. Itu adalah peluang bagi pengetua mendekati kami para pelajar. Nak dijadikan cerita, suatu hari, pengetua masuk ke kelas kami. Pengetua memberi salam.  "Assalamualaikum" Maka kami menyambut salam pengetua dengan ucapan "Waalaikumussalam warahmatullah hi wabarakatuh" Seorang pelajar putera mengetuai bacaan doa. Setelah tamat, kami beramai-ramai mengaminkan doa. Mata pengetua saya lihat tertumpu di muka saya. Mungkin sebab meja saya betul betul sebaris dengan meja guru, tak ada apa apa kot. Setelah semua pelajar duduk, pengetua bersuara.  "Kamu yang di belakang tu, bangun!"  Semua pelajar kelas saya ramai-ramai menoleh ke belakang mencari siapa yang pengetua maksudkan. Saya menunjuk diri . Saya ke? "Ya, kamu, berdiri!" Saya bangun, muka terasa panas,mungkin juga merah, saya juga tidak tahu. 

great lost

Meeting my old smart brilliant high school friend at my friend's wedding today..never that I know  she elegantly quit being a houseman.. suprisingly.. I am not shocked with her decision....but I do admire her..she told me about that with a great smile I had ever seen.. it so sincere plus her happiness shining through her eyes.. she's made a great and cool decision that I never think that I will ever had the same courage to do the same things if I was in her position. On the other hand...one of my senior are leaving us today and I admit that I am sad.. this person I do admire so much.such a role model. I do meet so many good people but nobody can challange  him in many aspect.. I do learn a lot from him.. Last but not least.... I do feel that we lost such a great teacher this week.Dr I.. wishing you all the best in master programme... you taught me a lot of things about ong and also survival skill.. I like how you always point out my weakness..that really help me to move fo

Demam

Bila jadi houseman ni, demam pun rasa bersalah.Tapi demam tu datang juga tanpa rasa bersalah, nak buat lagu mana kan.... Kadang-kadang, saya sedar yang saya dalam beberapa perkara tidak meletakkan sesuatu pada tempatnya.. zalim ke macam tu? mungkin, ya, mungkin jugak tidak.. cumanya, pada saat perkara tersebut terjadi saya tidak sedar sampaila tak lama kemudian terdetik dalam hati, kenapala aku buat macam tu, kenapala, kenapala..tapi dah buat kan... how i wish i can roll back time and be more ****..... I want to move on now... despite all my weakness , my inabilities, my limits, my discouragement , lack of confident, i believe in myself that i can go through this. i really love doing this! its actually my actual feeling but its deteriorating over time. how come i'am weakening so fast? till then..