Mak, saat bercerita tentang sahabatnya bernama Raudhah, hampir tidak pernah saya dengar yang lain melainkan yang baik-baik sahaja. Sampai satu saat mak bercerita," kalau nak tengok ciri-ciri ahli syurga, tengoklah Raudhah.." Saya hairan. "Apa ciri yang ada pada dia yang menggambarkan ciri-ciri ahli syurga?" . Lebih kurang begitulah soalan saya. Mak kemudian menyambung cerita, " Raudhah ni, dia adalah seorang yang sangat suka meringankan orang lain. Contoh,kalau kita lagi basuh baju, tunggu nak sidai, kita datang balik tengok baju dah tersidai dengan baik. Boleh bayang tak perasaan kita masa tu macam mana? Dan bukan sekali saja, tapi berkali-kali. Tak pernah berkira" Huhu. Saya senyum kambing saja masa tu, tau je, sedikit sebanyak mak memerli kami yang asyik berkira buat kerja rumah. Serampang dua mata. Cerita-cerita baik mengenai makcik Raudhah ini berulang kali dicerita mak sampai satu tahap saya rasa, mungkin benar dia ini bakal ahli syurga,...